Hari minggu ni kami berkesempatan membawa anak-anak melawat Railway Workshops Museum yang terletak di Ipswich. Kebetulan, ada kemunculan
istimewa Thomas and Friends sehingga 4 Februari 2014. Bak kata Aqief,
tut….tutttt…! Suka betul dia dengan siri Thomas and Friends.
Kami sampai sekitar jam 10.30 pagi. Sudah ramai yang beratur di kaunter tiket…kebanyakannya memakai topi untuk melindungi muka dan kepala dari panas terik. Memang panas ketika summer Queensland. Tidak hairanlah banyak berlaku ‘bushfires’ atau kebakaran hutan.
Ok, berbalik kepada cerita Thomas… sebaik kami masuk, ‘the fat controller’ sedang menghiburkan pelawat dengan aksinya yang lucu ditemani Thomas… memang anak-anak seronok menyaksikan persembahan itu…apatah lagi bila Thomas mengeluarkan bunyi hon dan asap…aqief turut sama bertepuk tangan dengan orang ramai…
Muzium keretapi ini memang agak besar dan lengkap dengan bahan-bahan artifak, sejarah dan perkembangan keretapi. Ia juga sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil bawah 5 tahun kerana terdapat beberapa play pits untuk kanak-kanak yang dipenuhi dengan pelbagai permainan berdasarkan keretapi seperti jigsaw puzzle, miniature site dan lain-lain.
Satu tapak permainan yang menarik yang mesti dilawati adalah di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi “nippers”… Nippers are basically the young staff among the train gang at the railway site… Di situ, kanak-kanak boleh memakai jaket dan topi keselamatan serta mencuba kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang dibina khas untuk mereka…memang mengujakan!
Oh ya, family pass untuk masuk ke muzium ini berharga $59.. Bagi kami yang ada tiga orang anak ni, memang lebih untung untuk mendapatkan family pass kerana jika membeli tiket berseorangan, jumlahnya adalah $63…jadi, jimatlah beberapa dollars..
Bagi yang berada di sekitar Queensland dan tak tahu kemana nak bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah, jom ke Muzium ini. Memang berbaloi!

Jom layan lagu Thomas..tut..tut...