Saturday, 18 January 2014

Kek Gula Hangus...Kek Sarang Semut?

Assalamualaikum semua...
Selamat berhujung minggu :) 
Apa program bersama keluarga agaknya yer...

Ha...saya dapat 'tempahan' istimewa dari suami tercinta beberapa hari lepas untuk buat kek yang istimewa ni...kenapa saya kata istimewa? Sebab bentuk kejadiannya yang unik..hehe...sesuai dengan namanya....
 
Kalau di tempat saya di Perak, kek ini dikenali dengan nama "kek gula hangus"..mungkin kerana kaedah pembuatannya yang melibatkan gula putih yang dimasak hingga keemasan seperti madu.
 Di sesetengah tempat lain pula kek ini diberi nama "kek sarang semut", mungkin kerana rupa parasnya yang bersarang seakan-akan sarang semut. Ingat lagi bila pertama kali saya menyebut nama kek ini, Aqiel ketawa.. bila ditanya kenapa, dia kata "kelakarlah nama kek tu"...Aqiel...Aqiel...

Ini kali pertama saya mencuba kek ni...risau juga takut tak jadi sebab ramai di internet yang berkongsi pengalaman 'kegagalan' mereka untuk mendapatkan tekstur bersarang kek ni dengan sempurna... Saya pun kurang pasti sebenarnya bagaimana definisi bersarang yang sempurna. Tapi Tak kisah lah kan, yang penting nampak macam ada sarang dan rasa pun ok....

Resepi kek ni hasil carian dan gabungan beberapa resepi yang saya jumpa di internet....

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
1 cawan tepung gandum *
2 sudu teh soda bikarbonat *
(* diayak bersama - saya tambah 1/2 sudu teh baking powder)
4 biji telur (saya guna larga size - gred B)
1 cawan susu pekat

Cara-cara:
Masak gula di atas api sederhana sehingga perang keemasan...sentiasa kacau untuk mengelakkan gula hangus.
Bila gula cair, masukkan air panas secara perlahan. Gelembung akan terhasil (dan sedikit letupan kecil)...teruskan mengacau sehingga gula yang berketul cair. Masukkan mentega. Bila cair, sejukkan.
Pukul telur sehingga kembang (saya guna mixer pada kelajuan sederhana). Kemudian masukkan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati. Akhir sekali, masukkan gula cair tadi. Masukkan adunan kek dalam loyang dan perap selama 3 jam. Panaskan oven (160 darjah celcius) dan bakar kek dengan menggunakan api atas bawah selama lebih kurang sejam (atau sehingga masak).

Taraaaaa........