Assalamualaikum wbt...
Salam petang Jumaat. Hari ni saya buat chocolate cake lagi! Haaa...kan baru jer buat chocolate cake 1 Jan 2014 haritu. Kenapa buat lagi? Ceritanya begini. Saya memang dah lama terjumpa resepi ni dari blog favourite saya, blog Kak Ita. Dalam entri tu Kak Ita kata, kek coklat ni adalah yang paling sedap dia pernah buat. Kalau dia yang pandai buat macam-macam jenis kek tu kata sedap, maknanya mesti sedap kan? Tu yang buat tak boleh tunggu nak cuba resepi ni...saja nak tau betul ke sedap?
Rasanya ini kali ke-5 saya buat kek coklat sejak sampai di Brisbane ni. Pertama kali buat sebagai kek asas untuk chocolate indulgence cake. Kedua, untuk black and white russian cake. (Cerita pasal kek-kek ni di entri lain la yer). Ketiga kek coklat dengan chocolate cream cheese filling dan yang terakhir plain chocolate cake sempena memenuhi permintaan Aqiel pada 1 Jan 2014 yang lalu. Kesemua kek coklat tu saya bakar. Tapi yang lainnya kali ni, kek ni saya kukus. Resepinya juga agak berlainan dari segi kaedah membuatnya.
So, inilah hasilnya.....taraaaaa.......Nampak sedap kan? Bukan nampak saja, tapi memang sedap! Suami saya pun kata kek ni sedap. Jangan tak tau, suami saya ni memang peminat kek coklat. Jadi, kalau dia kata sedap tu maknanya memang sedap la...
Tapi memang saya pun dah rasa, seriously scrumptious! Kek ni sangat lembab dan....ish pendek kata memang sedap la.... Dah, takyah cerita banyak-banyak...Jom kita intai resepinya....
My Kitchen's Recipe
By: Pn. Munira Baharum
No comments:
Post a Comment