Kek yang berkrim ni memangla sedap, apatah lagi kalau pakai cream cheese frosting kan..Tapi biasanya kek yang berkrim ni kena simpan dalam peti sejuk...dan biasanya kek yang disimpan dalam peti sejuk ni akan sedikit kering...
Jadi, saya bertekad nak buat simple plain cake yang lepas bakar bleh terus ngappppp! He he...kek yang pertama terlintas di fikiran ni ialah marble cake!
Herm, marble cake...tak ada apa yang istimewa la kan... tapi hasil carian di internet, membuatkan saya singgah di beberapa dapur menarik seperti: kak yatie & mat gebu
Haaa....menarik sungguh kejadian kek marble ni kan...memang tak boleh tahan...tak boleh tunggu dah....Jadi, sebelum pergi kampus semalam saya terus memulakan operasi...memang senang kek ni, bak kata Mat Gebu, semua main lebur dalam mixer, putar, bakar.... memang cepat la...
Sedap ke tak kek ni? Jawapannya memang sedap! Mungkin sebab ada penggunaan susu pekat manis dan mentega cair dalam pembuatannya menyebabkan kek ni lembap... Memang saya suka la rasa kek ni...tak sangka pula kombinasi pandan dan coklat ternyata enak....Sehari je dah licin!
Disebabkan memang dah niat nak buat kek yang simple kan, jadi saya tak letak apa-apa frosting pada kek ni. Tapi saya percaya kalau kita touch up sikit macam yang Kak Ita buat, kek simple ni boleh jadi sangat eksklusif!
Istimewanya resepi kek ni, tidak menggunakan baking powder atau baking soda... Tapi kek ni akan naik jugak sedikit bila kita bakar (maksudnya, tak la bantut), tapi sejurus selepas kita keluarkan dari oven, dia akan sedikit mengecut...ini memang normal yer....
Oklah, jom tengok resepinya.....
Olahan oleh : Yatie
Resepi asal: Snappy Treats
125 gram mentega, cair (saya masukkan dalam microwave) dan sejukkan
125 gram gula kastor
125 gram tepung gandum, diayak
4 biji telur gred A
1/2 camca besar ovallate
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca besar esen vanilla
1/2 camca besar coklat emulco (saya ganti dengan Nutella)
1 camca besar serbuk koko
1/2 camca besar pes pandan
Badam cincang untuk hiasan (optional)
Dusting powder @ gula aising untuk hiasan
Cara-caranya:
Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, pukul dengan kelajuan minima hingga semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan spatula. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan paste, kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati.
Sudukan cara berselang seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin, hingga siap.
Tabur dengan badam cincang, dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan terbalikkan atas jaringan, buang kertas alas dan biar kek sejuk.
Ayak dusting powder atau gula aising sebagai hiasan, jika suka. Boleh dihidangkan.
Selamat 'membaking'!
No comments:
Post a Comment