Friday, 24 January 2014

Kesungguhan menjalankan perintah Allah

Salam Jumaat..penghulu segala hari...
Biasanya ramai di kalangan kita yang menunggu-nunggu ketibaan hari Jumaat kerana kemunculannya bermakna hujung minggu akan menyusul!

Tetapi lebih dari itu, sebagai umat Islam, hari Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa.... Antara peristiwa-peristiwa besar yang sudah dan bakal berlaku pada hari Jumaat termasuk:

                    Dijadikan nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
                    Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
                    Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
                    Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
                    Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
                    Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
                    Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
                    Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
                    Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah .

Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi (sumber: Halaqah.net)


Pada hari Jumaat juga, setiap lelaki Muslim diwajibkan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.  Bercakap tentang solat Jumaat, terlintas di fikiran saya, bagaimana saya melihat warga asing Islam di Malaysia yang menapak di bawah matahari terik semata-mata untuk ke masjid. Ada yang terpaksa berjalan agak jauh kerana tempat kerja mereka yang terletak agak berjauhan dari masjid. Alangkah malunya bagi mereka yang berkenderaan mewah dan megah tetapi keberatan untuk ke masjid seminggu sekali setiap Jumaat atas pelbagai alasan. 

Begitu juga ada beberapa restoran di Malaysia yang memberhentikan perniagaan sebentar untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja Muslim lelaki pergi ke masjid. Semoga Allah merahmati dan memperluas rezeki mereka. Dalam masa yang sama tidak kurang juga restoran yang membiarkan pekerja Muslim lelaki bertugas semasa orang lain berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, tanpa rasa segan silu atau bersalah... Banyak sangat agaknya jumlah kerugian mereka kalau menutup restoran selama tak sampai dua jam..

Selama beberapa bulan di Australia, memang kami akui agak lebih sukar untuk menunaikan solat Jumaat..bukan kerana kedudukan masjid.... 
Solat Jumaat diadakan di multifaith building dalam UQ...jaraknya hanya beberapa meter dari bangunan Business School.... Cabaran kami adalah kerana isteri di pejabat dan suami di rumah menjaga anak-anak. Jadi setiap Jumaat, isteri perlu pulang sekitar jam 12 untuk menjaga anak-anak sementara suami pergi menunaikan solat Jumaat. Bukan mudah sebenarnya.....dengan lokasi parking kereta yang agak jauh....dan perlu kembali ke kampus selepas itu....tetapi kerana tuntutan agama, semuanya perlu dilakukan....

Hairannya ada pelajar lelaki Muslim yang sudah berada di kampus, yang logiknya tiada halangan untuk berhenti sekejap untuk menunaikan solat Jumaat, tetapi tidak mengendahkan langsung perintah Allah...

Rasanya perkara pokok di sini adalah soal kesungguhan kita untuk menunaikan perintah Allah...yang lain-lain itu hanyalah alasan...

Wallahualam...


No comments:

Post a Comment