Summer di Brisbane memang hangat! Malah jauh lebih hangat dari Malaysia... Suhu mencecah 43 darjah celcius.... Tapi apalah sangat panas di dunia jika dibandingkan panas di akhirat kelak...
Astaghfirullahalazim....kami mohon ampun padaMu ya Allah
Kadang-kadang terlintas di fikiran
Kenapa Allah tidak hanya menjadikan cuaca nyaman dan pemandangan cantik seperti musim bunga sepanjang tahun sahaja? Kenapa perlu ada musim sejuk yang buat manusia menggeletar kesejukan? Kenapa pula ada musim panas yang buat kita menggelepar kepanasan? Bukankah Allah kasihkan hamba-hambaNya?
Jawapan ringkas yang muncul di benak hati yang agak jahil ini mudah...mungkin Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya...lihatlah betapa Dia berkuasa menukar suhu muka bumi di kawasan yang sama...dari sejuk....nyaman...dan panas...supaya kita berfikir.....
Musim-musim panas ni, rasa teringin pulak nak makan kuih yang agak manis...
Haaaa...apa kata kita cuba Kuih Bakar Kentang yang mudah ni? Jommm....
KUIH
BAKAR KENTANG
by : Juns11
Rujukan : My Resepi
2 biji ubi kentang - rebus kemudian di lenyek
1 biji telur
2/3 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan (saya guna butter)
Bijan - jika suka

Cara-caranya:
Sediakan loyang 8 inc atau acuan kecil yang tahan dibakar
Leserkan loyang dengan sedikit butter (saya guna canola oil spray)
Panaskan oven pada suhu 170 C
Kacau telur dan gula.
Masukkan tepung dan santan, kacau rata
Kemudian tapis
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Tuang adunan dalam loyang atau acuan yang telah di griskan tadi
Taburkan bijan jika suka
Bakar dalam oven selama 20 - 30 minit atau sehingga masak
Jika sukakan kerangupan pada kuih tambahkan masa membakar

Selamat mencuba!!!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete