Wednesday, 5 March 2014

Kek coklat kukus lapis cheese

Salam semua...wah, entry ni dah lama tertunggak...minta maaf sangat dengan kawan-kawan yang menanti-nanti resepi tu yer...bukan apa, maklum la..sibuk memanjang, tak pernah tak sibuk..adoi...

Ok kali ni cerita kek coklat kukus lapis cheese yang mudah tapi sedap! Resepi ni saya dah pernah share dengan kawan-kawan di facebook. Ramai juga yang minta resepi setelah melihat gambar yang saya upload. Mungkin bahan-bahan dan cara penyediaan yang agak mudah memabuatkan ramai juga yang telah mencuba.

 Kalau kita google resepi kek ni, memang panjang senarai yang keluar...pilih jer mana yang berkenan di hati. Tapi resepi ni saya ambil dari dapur Mat Gebu.

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)

BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
  2. UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
  3. UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
  4. UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
  5. Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

Semoga bermanfaat dan selamat mengukus yer!

Saturday, 1 March 2014

Black and white Russian cake

Kek ni dah lama saya buat.. Herm kalau tak silap, bulan Disember 2013. Pertama kali terpandang kek ni kat blog Kak Azlita terus jatuh hati pandang pertama..


Menurut seorag teman dari Russia, kek ini dikenali dengan nama "Day and Night" di sana. Kek ni memang sedap, terutamanya pada penggemar kek coklat. Dia agak berat dengan menggunakan kek coklat lembap sebagai kek asas...apatah lagi ditambah dengan rasa cheese...nyummm...nyummmm!


Ok takmau cerita panjang lah kan...Jom tengok resepinya...

 BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE
Resepi dari: Azlita Masam Manis

Kek Coklat Lembab

Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak


Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan 

Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka

Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais 

 Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata 


Kaedah Penyediaan
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek

Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras 


Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.

 Selamat mencuba!!

Wednesday, 26 February 2014

Pulut kuning..rendang daging

Assalamualaikum semua..
Sejak tinggal kat Brisbane ni, hari-hari pening fikir nak masak apa. Maklumlah, kalau di Malaysia ada banyak pilihan, tak larat masak, kita makan kat luar. Tapi kat sini lain lah sikit kan... Bahan-bahan masakan halal, alhamdulillah mudah didapati. Tapi restoran makanan halal memang terhad. Jadi terpaksa masak jugak lah walaupun penat dan kadang-kadang memang kehabisan idea nak masak menu apa. Mujur lah Allah kurniakan seorang suami yang tidak segan ke dapur dan berbakat jugak dalam masak-memasak ni....
Balik dari pejabat semalam, terbaca komen kawan-kawan di facebook pasal makanan. Ada seorang sahabat sebut pasal pulut kuning. Aha! Kebetulan bahan-bahan pun ada di dapur. Apa lagi, masuk dapur lah, projek 'merendang' daging dan merendam pulut....

Rendang daging ni ada macam-macam versi. Tapi bahan-bahan asas yang digunakan dalam resepi rendang mana-manapun lebih kurang sama jer...Salah satu resepi boleh tengok rendang klasik versi cik mat gebu.

Kalau malas nak tengok, saya tempek la kat sini sekali lagi...

Bahan-bahan:
2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit, hiris halus'
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca besar penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa


Bahan-bahan kisar halus:
2 biji bawang besar, saiz sederhana
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus

Bahan tumis:
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

Cara membuatnya:
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik,  asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi.  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama pulut kuning.....:)

Untuk rendang yang saya buat ni, lebih kurang ala-ala cik mat punya la tapi saya tak ikut sukatan sangat, saya main letak ikut suka hati dan perasaan saya jer, yang penting jadi. Hehe....Jadi, takyah risau la kalau nak buat rendang, campak-campak jer bak kata orang, insyaAllah takkan fail...


Untuk pulut kuning pun boleh rujuk dapur mat gebu sekali lagi.....

Nampak macam banyak steps kan? Ha, kalau agak-agak malas macam saya, boleh ikut shortcut....Jom!






















Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
1 keping asam gelugor
1 camca besar serbuk kunyit
Air secukupnya
2 1/2 cawan pati santan (kurang lebih)
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul (saya tak letak)

Cara-cara:
  1. Cuci beras pulut, kemudian rendam dengan air secukupnya (hingga pulut tenggelam), masukkan serbuk kunyit, gaul rata. Masukkan asam gelugor dan rendam sekurang2nya 8 jam atau semalaman. Kemudian toskan pulut tadi dan keluarkan asam gelugor..
  2. Masukkan pulut dalam loyang, kemudian masukkan dalam periuk kukusan dan kukus sampai pulut agak-agak masak (kurang lebih 20 minit)
  3. Kamudian tuang santan yang telah ditambah garam secukup rasa, sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan balik ke dalam kukusan dan kukus lagi 20 minit atau hingga masak. Keluarkan dan biar sejuk. Boleh hidangkan bersama rendang daging yang kita buat tadi :)







Monday, 24 February 2014

Variasi Krim KEJU...cream cheese frosting/icing....

Semalam ada seorang sahabat bertanyakan tentang resepi cream cheese filling untuk kek red velvet..kebetulan pula saya memang dah berniat nak letakkan beberapa resepi buttercream dan cream cheese di sini....jadi elok benar la kan... saya mulakan dengan cream cheese dulu yer....Buttercream kita cerita di entry lain :)

Variasi cream cheese icing/frosting

Krim Keju 1
(krim yang lembut dan meleleh)
150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon
Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati


Krim Keju 2 (dari Azlita masam manis - sesuai untuk deco)
200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
8 gm gelatin
30 gm air
Cairkan gelatin
Cairkan coklat masakan cara double boiler
Satukan gelatin cair dalam coklat putih
Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata

Krim keju 3 (watch out! frosting agak manis)
Source: Divas can cook
Ingredients
  • 2 (8 oz) packs cream cheese, softened
  • ¼ cup milk, made need more
  • 1 stick butter, softened
  • 2 teaspoon vanilla extract
  • 4 cups powdered sugar
Instructions
  1. Add softened cream cheese into large bowl.
  2. Pour in milk, butter and vanilla extract.
  3. Mix until well combined.
  4. Pour in half of the powdered sugar.
  5. Mix until combined.
  6. Add the remaining powdered sugar.
  7. Mix until smooth and fluffy.
  8. Use a spatula to scrape down the side of the bowl if needed.
Notes
If the frosting is too thick, add in a few drops of milk (about ¼ teaspoon) at a time and stir after each addition. It doesn’t take much liquid to thin it out. If you add too much milk, you’ll have to add more powdered sugar to thicken it back up which will make it sweeter.

Krim keju 4 (yang saya gunakan untuk kek red velvet)

125g cream cheese
50g unsalted butter
80g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream
1 tsp lemon juice (optional)


Method:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended. Add lemon juice if you wish.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula (you can opt not to use any cream if you do not wish to


Jadi, boleh la pilih mana-mana versi yang sesuai dengan kek, tujuan dan kegemaran masing-masing yer...



Wednesday, 19 February 2014

SERI MUKA...seri ayu

Assalamualaikum..
Tak pernah lagi rasanya tempek entry pasal kuih tradisional kat sini.. 
Dulu masa sekolah rendah, mak buat kuih-muih tradisional ni jual kat pasar malam...macam-macam mak buat...pecal, laksa, rojak buah pun ada... ingat lagi...bila mak dah siap semua, tinggal la saya kat rumah jaga adik-adik sambil basuh periuk belanga yang saiz giant...maklumlah, berniaga kan, takkan buat sikit-skit, mestilah banyak...jadi periuk kuali nya pun mesti la besar jugak...
saya baru darjah 5 atau 6 masa tu...tapi boleh jer buat semua kerja...tapi tengok anak-anak zaman sekarang, herm nak masak nasi pun tak reti masa umur macam tu...ye la zaman dah berubah... 
Hai, panjang berjela pulak cerita kisah dulu-dulu...

Sebenarnya nak cerita pagi tadi kami sarapan kuih seri muka...jadi nak share resepi kt sini lah 


Sebelum datang Brisbane, saya memang beli je kuih-muih ni...senang...boleh dapat dua tiga jenis... pagi-pagi nak pergi kerja, singgah kejap kat tepi jalan tu beli kat kakak atau makcik yang jual... 
tapi bila di bumi asing ni, kena la buat sendiri kan...

Ok lah, pertama kali nak buat kuih seri muka ni, saya ambil resepi dari Mat Gebu....memang terliur tengok gambar seri muka en mat ni kan...

Ok, jom kita terus masuk dapur!

KUIH SERI MUKA

BAHAN LAPISAN BAWAH :-)
300 gram beras pulut (mat guna 350 gram)
200 ml santan cair (mat lebih kan 2 camca besar)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh garam

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
300 ml santan
3 biji telur (mat guna gred B)
4 helai daun pandan, potong kecil
180 gram gula pasir
4 camca teh tepung jagung
2 camca besar + 1 camca teh tepung gandum
Beberapa titik pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian rendam semalaman atau sekurang2nya 3 jam. Sementara itu alas loyang bulat berukuran 9 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Toskan pulut dan alih ke dalam loyang, ratakan. Bancuh santan dengan garam dan kacau rata. Tuang ke dalam pulut tadi dan letak daun pandan.
    (Saya spray loyang dengan canola oil spray, tak lapik dengan plastik apa pun..pastu terus tuang pulut...hehe malas sikit)
  2. Kukus selama 25 - 30 minit. Keluarkan daun pandan, gemburkan pulut dengan garfu dan tekan pulut tadi hingga padat, guna kan daun pisang untuk menekan permukaan pulut tadi hingga padat (mat guna penekan kek lapis yang mat masukkan dalam plastik bersih). Sambung kukus untuk 10 minit lagi.
  3. Sementara itu, untuk lapisan atas, kisar santan dengan daun pandan, kemudian tapis untuk mendapatkan jusnya. Kemudian bancuh dengan semua bahan2 untuk lapisan atas (custard), kacau perlahan dengan whisk hingga gula larut dan tapis ke dalam bekas tahan panas. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau hingga bancuhan kelihatan pekat sedikit.
  4. Berhati2 tuang atas pulut tadi, tutup permukaan loyang dengan aluminium foil dan sambung kukus selama 25 minit lagi. 
  5. Biar kueh betul2 sejuk sebelum dipotong untuk hidangan....Selamat mencuba!!

Tuesday, 18 February 2014

OREO cake and cupcakes

Assalamualikum...selamat bersua kembali...
Dah lama tak post entry pasal kek kan... Ha...ni kek yg mudah tapi kebanyakan kanak-kanak suka...Oreo cake!
 
Ini kek harijadi pertama yg saya buat bukan untuk anak-anak sendiri..hehe...atas permintaan seorang sahabat di Brisbane, saya buatkan lah..sempena hari ulangtahun kelahiran anak sulungnya yang ke-4...

 Seronok bila diberitahu anak-anaknya suka sangat bila dapat makan kek ni...berbaloi rasanya menyiapkan kek yang tak seberapa ni
Herm....bagi yang ingin mencuba sendiri kek oreo ni, silakan...jangan malu jangan segan yer!


Sebenarnya, sebelum buat kek oreo ni, saya dah dua kali buat oreo cupcakes dengan menggunakan resepi yang sama. Gabungan kek oreo dengan cream cheese frosting memang sedap!


Resepi asal oreo cupcakes seperti di bawah:


Oreo Cupcake
Sumber asal: Rima (dan azlita masam manis)

Ingredients
250g butter ( I use Anchor)
1 cup sugar
2 cups self rising flour - sift
1 tsp baking powder – sift
4 eggs
1 teaspoon vanilla essence

8~10 oreos – crushed (with the cream)


Method
Whisk butter, sugar, self raising flour, baking powder, eggs and vanilla essence for 2 mins.. dont overbeat ok..
Stir in ur crushed oreos and thats it..
Pipe batter into cupcakes casing
Baked in preheated oven of 170C for abt 10 to 15mins

 Untuk olahan resepi cupcake di atas kepada sebiji kek, boleh rujuk Qaseh Honey.

Selamat mencuba!

Sunday, 16 February 2014

A week in Sydney - 1st to 8th February 2014

The first of February 2014, we got the chance to enjoy the scenic view of Sydney....
The main reason was to attend the University of Technology Sydney 2014 Accounting Summer and Conference...

University of Technology Sydney

UTS Business School
 We had Sunday and Wednesday for personal agenda. So, we took the kids to a few exciting places including Darling Harbour, Madame Tussauds, Sydney Sealife, Sydney Tower Eye, Taronga Zoo and Manly Seaworld.....

Darling Harbour

Madame Tussauds
Sydney Sea Life

Sydney Tower Eye
Manly Sealife Sanctuary

Taronga Zoo
In short, Sydney is an interesting and a must-visit city for visitors who manage to step their feet in Australia. But we personally feel that it is much more comfortable to live in Brisbane (as we really dislike the heavy traffic jam and congested roads)....