Alhamdulillah... Pada Ahad lepas bersamaan 4 Januari 2015 kami diizinkan Allah pergi menjelajah salah satu bahagian yang menarik di South Queensland iaitu Warwick. Entri mengenai pengalaman lawatan tersebut nanti saya kongsikan di entri lain insyaAllah.. Bolehla dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat yang mungkin ada rezeki ke sana pulak nanti.
Pada entri ini saya nak kongsi satu resepi menu ringkas yang saya sediakan untuk bekalan ke Warwick hari tu.... iaitu kerabu sotong ala Thai. Memang terangkat! (ish ish masuk bakul terangkat sendiri hehe)
Resepi ni saya terjumpa di blog Umi Fateh.... nampak menarik dan ringkas.... Jadi saya pun cuba lah.... Cuma saya ada derhaka sikit-sikit sebab kerabu ni tak strict sangat macam buat kek. Jadi kalau terlabih terkurang pun insyaAllah jadi lagi kerabu kita...
Dari segi rasa, herm...boleh tahan...macam yang biasa kita makan di restoran Thai :)
Jom intai resepi ringkas ini...
KERABU SOTONG ALA THAI
Sumber: Umi Fateh
Bahan-bahan :
10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap (saya guna 3 ekor sotong saiz besar)
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu (saya potong nipis - buang biji tomato dulu)
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. (Saya potong sotong saiz empat persegi dulu kemudian baru rebus)
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.
Senang sangat kan? Kan? Kan? Haaaa boleh la buat :)
No comments:
Post a Comment