Assalamualaikum wbt...
Minggu lepas, beberapa hari hujan turun di Brisbane... seiring dengan hujan di tanahair yang turun mencurah-curah...sehingga empat buah negeri dilanda banjir. Malah inilah banjir terburuk dalam sejarah negara... Innalillah...mudah-mudahan semua mangsa terlibat sabar, tabah, dan redha dengan ujian Allah yang berat ini.
Alhamdulillah hujan dah berhenti sejak beberapa hari lalu cuma cuaca sangat panas sekarang... Kadang-kadang, hujan turun tiba-tiba dalam keadaan panas terik tu... begitulah keadaan di Queensland. Cuacannya tak menentu dan sukar dijangka.
Beberapa hari lalu, saya sediakan mini pizza sosej bun untuk makan malam. Tapi sebab dapat banya, siap boleh simpan untuk breakfast sekali.... Bukan apa, teringat kat Malaysia dulu selalu beli mini pizza sosej bun ni. Kat sini memang tak dijual... Jadi terpaksa la menggodek sendiri.
Alhamdulillah suami belikan breadmaker sejak sampai dulu. Senang sikit la sebab kerja menguli tak payah buat sendiri.... Masuk, tekan, dan tunggu! He he....memang berbaloi!

Resepi doh bun saya guna resepi yang biasa saya guna untuk buat tuna roll iaitu resepi dari Che Mat Gebu yang memang gebu gebas....
DOH BUN
Sumber: Che Mat Gebu
250 gram tepung berprotein tinggi (saya guna tepung gandum saja)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara-cara:
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain
kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan
anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan
balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
TOPPING MINI PIZZA
Mixed Vegetables (saya guna carrot, jagung dan kacang peas)
Mayonis secukupnya
Sosej secukupnya
Susu segar dan telur (boleh guna lebihan telur untuk buat doh) - campurkan
Gaulkan mixed vegetables dengan mayonis sehingga rata. Ketepikan.
Cara meneyediakan mini pizza sosej bun.
Boleh guna apa2 juga kaedah yang anda suka. Saya ikut cara seperti dalam videodi sini.
Bila dah siap, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius sehingga mini pizza sosej bun masak. Keluarkan dari oven dan sapukan lebihan campuran telur dan susu di atas permukaan bun.
Sedia untuk dihidangkan.
Boleh juga sediakan vege bun seperti di bawah:
No comments:
Post a Comment