Assalamualaikum wbt...
Entri kali ini agak istimewa kerana inilah kali pertama saya menulis dari kampung halaman tercinta. Setelah lebih setahun setengah di Brisbane, akhirnya Allah kurniakan nikmat bertemu dengan ibu bapa dan keluarga yang sangat dirindui.... nyata nikmat Allah terlalu banyak...cuma kita sebagai hambaNya yang selalu lupa dan alpa...
Bila berada di tanahair sendiri, satu lagu nikmat yang mungkin tidak kita terlepas pandang adalah kemudahan mendapatkan bahan-bahan masakan untuk menyediakan menu masakan Melayu tradisional...contohnya, kali ini saya buat kuih kaswi pandan dengan menggunakan jus pandan dari daun pandan asli dan kelapa parut putih segar. Memang lain rasanya berbanding jus pandan buatan dan kelapa parut kering yang sering digunakan di Brisbane...
Allah...nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan?
Resepi kuih kaswi ni saya intai di dapur Azie.
Kalau kat tempat saya ni kuih ni kami panggil LOMPANG...tapi lompang biasanya yg warna kehitaman sebab menggunakan gula merah...bezanya kali ini saya buat lompang atau kaswi PANDAN... sedap sangat!
KASWI PANDAN
Sumber: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1/2 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut putih
Sedikit garam
Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan.
Dalam
periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul
rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata.
Masak
atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat.
Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya guna acuan lompang yang kecil-kecil. Jadi boleh kurangkan masa mengukus ke 15 minit.
Bila dh agak sejuk, keluarkan dari acuan. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang digaul terlebih dahulu dengan sedikit garam.
Siap untuk dingapp!!
No comments:
Post a Comment