Friday, 27 December 2013

VISA oh VISA!



Proses permohonan visa pelajar Australia agak ketat dan berbeza-beza bergantung pada setiap kes. Sebelum seseorang pelajar (dan dependants) menghantar permohonan secara online, ada beberapa perkara atau dokumen yang diperlukan:

1) Confirmation of enrollment dari universiti di Australia
2) Financial affidavit bagi pelajar yang ditaja (atau bukti bayaran yuran universiti bagi yang belajar sendiri)
3) Salinan passport pelajar (dan keluarga) yang disahkan
4) Bagi yang sudah berkahwin, salinan sijil perkahwinan (dialihbahasa kepada English oleh pakar bahasa yang bertauliah dan telah disahkan)
5) Sijil kelahiran anak yang disahkan (sijil kelahiran anak-anak saya tidak perlu dialihbahasa kerana ia menggunakan dwi-bahasa)

Hanya beberapa pihak saja yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen di atas iaitu pesuruhjaya sumpah, peguam, .....
Boleh rujuk di sini... untuk maklumat lanjut 
Jangan ambil remeh tentang perkara ini kerana permohonan anda mungkin akan ditolak jika dokumen tidak lengkap atau tidak disahkan dengan betul.

Salah satu perkara yang ingin kami kongsikan ialah supaya rakan-rakan membuat permohonan secara online sendiri di www..... Ianya sangat mudah. Kami menyangkakan prosesnya rumit lalu menggunakan khidmat IDP di Subang Jaya dengan harapan akan mendapat kelulusan dengan lebih cepat. IDP mengenakan bayaran RM250 hanya untuk mengisi borang, scan dokumen dan menghantar permohonan secara online! Selepas itu, pihak kedutaan akan berurusan terus dengan kita jika ada maklumat tambahan yang dikehendaki dan kita lah yang kena uruskan semuanya sendiri. Memang tak berbaloi!

Satu lagi yang ingin kami kongsikan di sini ialah berkenaan pemeriksaan kesihatan (i.e. medical check up). Ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan visa pelajar Australia. Anda hanya boleh pergi membuat pemeriksaan setelah menghantar permohonan secara online ke pihak kedutaan kerana pihak hospital memerlukan nombor transaksi sebagai rujukan kerana mereka akan menghantar laporan kesihatan secara terus ke pihak kedutaan.
Bagi yang dalam proses untuk mendapatkan visa Australia, kami nasihatkan minum air kosong sebanyak mungkin kalau boleh beberapa minggu sebelum pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Ini adalah bagi memudahkan anda melepasi ujian air kencing. Di..... urine test dijalankan dengan menggunakan peralatan yang lebih tepat dari yang biasa diginakan di klinik-klinik biasa. Kami tidak pernah mengalami masalah dengan urine test sebelum ini tapi di.... kami gagal ujian tersebut kerana terdapat protein dalam urine. 
Protein dalam urine??? Memang pada mulanya kami pun terkejut tapi memang itulah yang terjadi...menurut doktor, masalah ini mungkin disebabkan buah pinggang gagal menapis lalu melepaskan protein dalam urine.....

No comments:

Post a Comment