RED VELVET...atau dalam bahasa Melayu, 'Baldu Merah'....
melihat warnanya sahaja sudah memikat hati... Ini adalah antara kek kegemaran saya.. memang sedap!!
Kek red velvet ni biasanya lebih sedap jika digandingkan bersama cream cheese frosting..
memang wallah!
Saya masih ingat pertama kali diperkenalkan dengan si baldu merah ni oleh rakan baik di UiTM, Nur Adura....dia ternampak kek ni di sebuah kedai kek, 'Whisk', di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya... sejak itu si baldu merah makin popular di kalangan warga tempatan.... dari mana asal-usul kek ni? Herm saya kurang pasti....
Masa di UiTM, saya dan rakan-rakan rapat selalu membeli cupcake red velvet ni dari bakery di cafetaria menara SAAS untuk minum petang....dengan sedikit cream cheese topping di atasnya, memang yummy lah!
Pertama kali saya mencuba resepi si baldu merah ni semasa di Brisbane... untuk dibawa ke majlis santai pelajar-palajar Malaysia di sini pada 21 Disember 2013...majlis Sembang Mesra yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Queensland (PPMQ)... saya buat saiz sederhana...satu lapis cream cheese filling dan disaluti cream cheese rosette...Alhamdulillah...ramai yang sukakan rasanya....walaupun baru pertama kali mencuba...
Seorang sahabat, Siti Nor Amalina minta dibuat sabiji kek red velvet lagi untuk family sebab tak puas makan masa di Guyatt Park. Saya pun buatkanlah sempena memenuhi permintaan beliau....Alhamdulillah, saya kongsikan testimoni dari beliau di sini...
"Alhamdulillah..red velvet bersalut cheese mmg marvelous..nyum2..kek pun moist..frosting cheese tak terlalu manis..sedap2..thumbs up.. next time blela nk order kek lain plak nuu.."
Di sini, saya kongsikan resepi kek red velvet ni yang berasal dari Rima yang saya ambil dari blog kak Azlita....tapi saya ada derhaka sedikit dari resepi asal dengan menambahkan air nescafe untuk mendapatkan kek yang lembap....Ada juga resepi yang menggunakan minyak jagung untuk menggantikan butter....
RED VELVET CAKE
Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder
1 tbsp red colouring
1/4 cup soft unsalted butter
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk
1/2 tsp vinegar
1/2 tsp baking soda
1/8 nescafe
1/4 water
Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
80g powdered sugar
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used thickened cream
Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder, salt and baking soda. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder, red coloring, Nescafe, water and stir well until form a paste.
3.
Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy.
Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa
powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. Add vinegar to our
batter. Stir well with a spatula. Pour into a 7" baking pan and bake it
for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7.
Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling. Top
it with the rest of your cream cheese and chill for a few hours.
Finally, use cream cheese frosting to decorate your cake.
Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula (you can opt not to use any cream if you do not wish to)
Kek ni memang sebiji rasanya macam cupcake yang saya selalu beli di cafe UiTM tu...
Saya suka! Saya suka!
Jadi, bagi kawan-kawan yang suka makan kek red velvet ni, tak payah susah-susah pergi beli dah lepas ni...boleh buat sendiri je la yer... Selamat mencuba!
Yey ayu ada blog..rajin2 la share resipi kat blog
ReplyDeleteHehe aku rajin nk membaca tp nk try resepi ntah bila