Tuesday, 17 December 2013

FOREST LODGE APARTMENTS

Setibanya kami di Brisbane airport sekitar jam 8.00pm waktu Brisbane, pemandu dari University of Queensland (UQ) sedia menanti. Frank namanya, sangat peramah dan murah senyuman. Bagi pelajar baru UQ, elok lah membuat tempahan awal untuk 'airport pickup service'. Perkhidmatan ini diberi percuma.Syaratnya, permohonan harus dibuat 3 hari bekerja sebelum tarikh ketibaan. Jika gagal, pelajar perlu menguruskan sendiri pengangkutan dari airport. 

Dari airport, kami terus dibawa ke penempatan sementara yang sudah ditempah awal-awal lagi dari Malaysia. Kami memilih FOREST LODGE APARTMENTS di atas beberapa faktor antaranya cadangan dari sahabat-sahabat dari Malaysia yang pernah manginap di sini. Kadar yang dikenakan adalah lebih kurang $100 untuk satu hari. Kami menginap di 'self-cater' unit dengan 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi. Dapurnya memang lengkap dengan semua peralatan memasak.

Oleh kerana kami tiba di sebelah malam, reception sudah ditutup. Kunci unit kami ditinggalkan dalam sebuah envelop yang bertulis nama dan nombor unit seperti yang telah dijanjikan. Ternyata pihak pengurusan apartments sangat mempercayai pengunjung-pengunjungnya. Tiada deposit yang diambil sebelum masuk ke unit. Mereka juga tidak langsung mengganggu kami sepanjang tempoh penginapan. Bayaran hanya dibuat ketika 'check out'. Secara keseluruhan memang kami sangat berpuas hati dengan servis di sini.


FOREST LODGE APARTMENTS
BERMAIN MAIN DI HADAPAN BILIK PENGINAPAN
KERETA SEWA KAMI SELAMA SEMINGGU
SUHU KETIKA INI SEKITAR 15' C
Aqiel: 4 tahun
Aleesya: 2 tahun setengah 
Adik Aqief: 9 bulan

BERSIAP SEDIA UNTUK MENCARI RUMAH SEWA

ABANG DAN KAKAK TAHAN SEJUK
BRISBANE PEACE YOOOOOO!!!!


No comments:

Post a Comment