Tuesday 17 December 2013

Syurga kecil di Brisbane....3/28, Alpha Street, Taringa, 4068 QLD

Mencari rumah sewa tidaklah sesukar yang di jangka. Semuanya carian adalah menerusi internet melalui http://www.realestate.com.au/rent. Kadar sewa yang dikenakan di sini agak tinggi bergantung kepada lokasi dan juga saiz rumah. Rumah sewa kami pada kadar $350 seminggu bersamaan lebih kurang RM1,050 yang hanya mempunyai 2 bilik.

Dari luar...rumah sewa kami di tingkat 1


Kami sangat-sangat berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang membantu dalam usaha mendapatkan rumah sewa di sini terutamanya Kak Coopah (Tengku Latifah). Kak Coopah dalam semester akhir MBA-nya dan sedang menghitung hari untuk pulang ke Malaysia. Beliau bermurah hati menghulurkan bantuan dan meluangkan masa mengisi borang permohonan online, menemani kami membuat pemeriksaan rumah dan banyak lagi. Terima kasih Kak Coopah :) jasamu dikenang sampai akhir hayat..... 

Seingat kami, seminggu pertama berada di Brisbane adalah antara fasa yang paling menguji kesabaran. Kami kelam kabut mengisi borang permohonan sewa rumah yang panjang berjela, ditambah dengan kawasan baru yang kami belum biasa, anak-anak pula belum biasa dengan car seat, menjerit-jerit dalam kereta untuk melepaskan diri.

Pemeriksaan rumah dijalankan hanya  10-15 minit. Jadi kami terkejar-kejar ke sana dan ke sini. Apatah lagi kami belum biasa dengan waktu di sini. Zohor masuk sekitar jam 11.30am dan asar sekitar jam 3.00pm.  Sungguh stressful! Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan izin Allah S.W.T....
Salah sebuah unit yang kami inspect....dah lupa alamatnya

Yang paling mencabar adalah makanan. Beberapa hari pertama kami hanya menjamah mi segera, kesian anak-anak.... tapi alhamdulillah sebuah keluarga dari Malaysia menjemput untuk datang makan malam di rumah mereka di alamat 43, Alpha Street, Taringa. Mereka adalahTengku Fazli, Asma Harun dan empat orang anak-anak mereka, Atikah, Luqman, Sarah dan Imran. Itulah pertama kali menjamah nasi di bumi Brisbane. SubhanAllah...sungguh nikmat rasanya. Terima kasih kepada Asma dan Fazli....juga kepada Azalan dan Fairuz yang turut serta pada malam itu. Fairuz ada membekalkan sup ayam dan makanan lain yang menjadi makanan utama anak-anak untuk beberapa hari selepas itu. Asma dan Fazli juga ada beberapa kali datang menghantar makanan untuk kami di Forest Lodge. Semoga Allah membalas jasa baik mereka....
Dihadapan rumah Fazli dan Asma...tapi gambar ini bukan diambil ketika kali pertama kami kesana....gambar ini hari pertama Aqiel menyertai kelas KAFA yang diadakan di rumah mereka


Beginilah keadaan rumah sewa kami sebaik kami berpindah masuk... kosong....
Masih ingat lagi, selama dua minggu anak-anak kebosanan....tiada TV.....
Dapur kecil kami....tempat mama paling banyak menghabiskan masa bila berada di rumah :)


Pandangan dari pintu masuk....


Ruang tengah....menghadap bilik tidur

Living room....

Bilik abang & kakak...
Sebelum...
Terima kasih Fazli dan Asma pinjamkan tilam dan selimut...


Selepas....

No comments:

Post a Comment