Tuesday 17 December 2013

The journey began here.....11 MAY 2013

Setelah hampir sebulan menanti, akhirnya tanggal 3 Mei 2013, kami menerima berita gembira dari pihak kedutaan Australia berkenaan kelulusan visa. Syukur pada Allah S.W.T...

Pada masa itu, seluruh Malaysia meriah dengan poster di kiri kanan jalan....Maklumlah dua hari selepas itu pilihanraya umum ke-13 diadakan (5 Mei 2013). Ada hikmahnya juga dapat visa lambat, sempat la kami keluar mengundi! Jom kita mengundi! Huhu....

Akhirnya, pada 10 Mei 2013, kami bergerak menuju ke Shah Alam dan bermalam di Intekma Resort sebelum bergerak ke KLIA pada jam 5.30 pagi keesokan harinya. Sepanjang perjalanan, bermacam perasaan bercampur-baur....Sedih, gembira, risau dan sebagainya.... Ini kali pertama kami akan tinggal di negara orang bersama tiga orang anak yang masih kecil.... bagaimanakah nanti? Tetapi di sudut hati, terselit satu harapan dan cita-cita untuk pergi mengharungi satu fasa baru dalam kehidupan...semoga pengalaman baru ini akan menjadikan kami manusia yang lebih baik, insyaAllah....

Di sini, pengembaraan kami sekeluarga bermula. Selamat tinggal Malaysia. Selamat tinggal keluarga tercinta. Selamat tinggal rakan-rakan seperjuangan. Brisbane, Australia menunggu kami. 

BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM MASUK KE BALAI BERLEPAS



AQIEL BERBUAL MESRA BERSAMA MAK UDA

SELAMAT TINGGAL SEMUA. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI
MENAIKI TRAIN MENUJU KE TERMINAL M

MENJAMU SELERA SEBELUM MENAIKI PESAWAT

ADIK PUN TERUJA UNTUK MENAIKI PESAWAT

Firman Allah S.W.T di dalam surat Ar-Ra'd ayat11......

 إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِم
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka”




No comments:

Post a Comment