Petang semalam masa ambil Aqiel dari sekolah, dia cakap kat saya, "Mama, Siannah brought some cupcakes to school today with green cream! Can I bring some cupcakes to school tomorrow? I want to have the cupcakes with my friends. I want you to make rainbow cupcakes with pink cream and colourful hearts sprinkled on top". Aduh, anak mama sayang....herm...mana boleh mama cakap "no". Mestilah kena jawab, "okay, I'll bake some cupcakes tonight".
Jadi, mama pun masuk dapur la malam semalam walaupun penat terasa seluruh badan. Mudah-mudahan bila anak-anak mama besar nanti tak lupa pada mama dan papa yer.
Resepi rainbow cupcakes ni sama saja dengan resepi rainbow cake yang saya buat untuk harijadi Aqiel awal bulan dulu...
Bezanya kali ini saya buat lima warna sahaja...merah, hijau, biru, kuning dan ungu.....untuk resepi yang sama saya dapat lebih kurang 20 cupcakes (standar size)
Cara-cara mendapatkan 'rainbow' cupcakes:
Masukkan (atau paipkan) warna-warna yang kita ada satu persatu warna (saya guna sudu saja) sehingga 3/4 penuh paper cups. Akhir sekali, ambil sebatang lidi bersih dan buat satu bulatan dengan lidi di permukaan adunan (permukaan saja tau, jangan tekan sampai ke dasar pulak!)
Inilah hasilnya selepas kita buat bulatan...kita akan dapat corak abstrak yang lebih cantik.
Ini pula contoh rainbow cupcakes (selepas dibakar) yang tidak dibuat bulatan di permukaannya...nampak kan coraknya agak kurang abstrak....tapi terpulangla kalau ada yang lebih gemar corak begini :) Jadi, tak payah buat bulatan dengan lidi ye...
Inilah hasilnya selepas kita buat bulatan...kita akan dapat corak abstrak yang lebih cantik.
Bila dah siap, bolehla masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit pada suhu 150-170 darjah celcius. Bakar cupcakes selama lebih kurang 25 minit. Cucuk cupcake dengan lidi untuk periksa sama ada cupcake sudah benar-benar masak.
Hiaskan dengan cream kesukaan dan mengikut kreativiti masing-masing.
No comments:
Post a Comment