Monday 10 March 2014

Apam tepung beras

Assalamualaikum...
Dalam kesedihan yang menyelubungi seluruh dunia terutamanya Malaysia dan China mungkin kerana tragedi kehilangan kapal terbang MH 370, sempat juga la buat apam beras ni untuk breakfast pagi tadi. Sebelum ni pernah cuba tapi tak senyum langsung apamnya, tapi alhamdulillah kali ni menjadi. Resepi ni tidak menggunakan eno seperti kebanyakan resepi lain. Bahan-bahannya cukup mudah dan kaedahnya pun mudah. Terima kasih kepada Diyana kerana sudi berkongsi resepi yang mudah dan menjadi ni...

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 sudu kecil yis (saya guna Mauripan)

Bahan B
2 cawan nasi
2 1/2 cawan air
3/4 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir

Kaedah:
Kisar bahan-bahan B di atas sehingga betul-betul halus.
Campurkan bahan A dan B sehingga sebati. Kemudian perap selama 4-5 jam (atau semalaman).

Selepas 4-5 jam (atau semalaman) bolehla masukkan adunan yang telah diperap ke dalam bekas (saya gunakan bekas silikon seperti gambar di bawah).....

Kemudian bolehla kukus adunan selama lebih kurang 15 minit....
Tip untuk mendapatkan apam yang mekar (merekah), kukus dengan menggunakan api kuat.



Beginilah hasilnya selepas dikukus...




Akhir sekali boleh tabur sedikit dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Sedia untuk dimakan!

 Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment