Thursday 6 March 2014

Prep FP's first parents-kids activity for 2014

Ironside State School memang terkenal dengan keaktifan ibu bapa dalam aktiviti dan program sekolahnya,  baik kurikulum mahupun aktiviti luar. Pihak sekolah sangat-sangat mengalu-alukan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian anak-anak di sekolah.


Untuk tahun 2014, aktiviti pertama yang dianjurkan oleh kelab ibu bapa anak-anak kelas Prep FP ialah "Play in the park after school" pada hari Jumaat, 28 Februari 2014 di St Lucia Playground, Baty Street, selepas waktu persekolahan sekitar jam 3.00 petang.



Petang itu, ibu bapa membawa sedikit makanan (pot luck). Bila kita berada di kalangan orang bukan Muslim, memang agak sukar nak mengawal anak-anak dari memakan makanan yang tidak halal. Risau? Memang saya risau, takut-takut Aqiel dan Aleesya mengambil makanan yang 'sah' tidak halal seperti chicken pie. Mujurlah mereka hanya memakan buah tembikai dan twisties.... Semoga Allah melindungi mereka....





 The lady in the picture was the organizer of this event, Zieta. She is Max's mother. Max is also in Prep FP. Zieta is a fulltime housewife with two kids. Max's little brother is 6.5 months old. He is really adorable with grey eyes! Unfortunately I don't have his picture here...Anyway, thanks for organizing such a lovely event Zieta, good job!


Ini antara wajah-wajah ibu 'antarabangsa' yang datang...Ibu kepada Risinu (Sri Lanka) dan Hemajothi (India)....
 

Aleesya dan Aqief pun ada :)

 



Secara peribadi, kami rasa aktiviti begini patut diteruskan. Selain dapat meluangkan masa dengan anak-anak, ibu bapa juga dapat berkenalan antara satu sama lain sambil membincangkan perkara-perkara berkaitan anak-anak di sekolah..memang bermanfaat....

No comments:

Post a Comment