Thursday 13 March 2014

Kuih lapis tradisi

Assalamualaikum...
Huh, macam biasa la pagi-pagi ni, sibuk menyiapkan sarapan dan bekalan Aqiel untuk ke sekolah. Dari hari Selasa Aqiel minta nak makan pulut inti. Jadi semalam mama dia pun terus la rendam pulut takut terlupa lagi. Alhamdulillah pagi ni dapatla Aqiel dan adik-adiknya makan pulut inti. Suka betul diorang....
Tapi bukan pulut inti saja...haa.....ada kuih juga tau! Kuih lapis gitu! Hehe, semalam sebelum tido, mama sibuk projek melapis di dapur. Mula-mula tu sebenarnya niat nak buat kuih talam tapi entah macam mana terfikir nak buat kuih lapis pula...Jadi....inilah hasilnya....


Ini pertama kali saya cuba kuih lapis pink sweet ni..macam biasa la kalau di Malaysia, senang sangat dapat. Kalau tak beli pagi-pagi kat kakak jual nasi lemak tepi jalan tu, kat pasar malam mesti ada lah.

Mudah jer rupanya buat kuih ni...resepi mudah, cara pun mudah... alhamdulillah hasilnya pun puas hati...


KUIH LAPIS
Sumber: Tulip77 

1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya letak 1/2 cawan saja)
1/2 sudu teh minyak masak
4 cawan air
2 paket santan serbuk 
(saya guna santan tin yang dicampur air sehingga menjadi 4 cawan santan)
1/2 sudu teh garam


 CARA-CARA:
Ini cara yang saya gunakan. Kalau nak ikut cara cik tulip boleh tengok di sini.
Panaskan kukusan.
Kisar semua bahan dalam mesin pengisar sehingga licin (tidak berketul).
Bahagi bancuhan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan mengikut pilihan masin-masing.
Spray loyang dengan oil spray (atau sapu dengan minyak).
Masukkan loyang kedalam kukusan.
Tuang lapisan pertama ke dalam loyang (anggaran 1 cawan).
Kukus sehingga lapisan pertama agak mengeras (apabila kita tuang lapisan kedua, kedua-dua warna tidak bercampur, anggaran masa 5 minit).
Terus melapis sehingga habis bancuhan.

Selepas lapisan terakhir, kukus selama lebih kurang 20 minit.
Angkat dan sejukkan.
Sedia untuk dihidangkan.


Kuih lapis saya ni alhamdulillah langsung tak melekat di loyang. Boleh angkat keluar dengan mudah dan cantik. Setakat ni memang saya berpuas hati dengan canola oil spray yang biasa saya gunakan untuk melanser loyang...tidak menghampakan :)


 Ok, selamat melapis!


No comments:

Post a Comment