Sunday, 19 October 2014

White chocolate macadamia cake

Weekend ni saya buat 2 biji kek.. yang pertama kek kegemaran saya kalau di Malaysia.
White chocolate macadamia.. kalau bertandang ke secret recipe, memang kek ni lah yang saya order.
Ingat lagi masa ulang tahun kelahiran yang ke... (ala tak ingat pulak), suami belikan sebiji kek ni dari secret recipe. Puas saya makan.

Dari bulan tahun lepas saya teringin nak makan kek ni. Hampir setahun baru berkesempatan nak buat. Boleh tahan leceh juga la nak buat kek ni. Tapi teringin punya pasal, kuturutkan juga lah.
Tapi yang sedihnya, kek ni tak menjadi 100% sebab saya gantikan non-dairy whipping cream dengan dairy whipping cream sebab tak dapat cari kat Brisbane ni.. memang tak jadi cantik la caramel cream kita. Nasihat saya, kalau tak ada non-dairy whipping cream elok lah jangan buat.



Ok, jom terus tengok resepi!

Kek coklat putih macadamia
Sumber: Azlita masam manis

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.
(Sebenarnya 1/2 adunan pun dapat banyak, boleh kurangkan lagi kepada1/4 adunan)



SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk



Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

 CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar




GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


 KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti

No comments:

Post a Comment