Sunday, 19 October 2014

Kerabu perut dan taugeh ala utara

Assalamualaikum wbt.
Hai banyak sungguh resepi dalam barisan menunggu untuk dikongsi di sini. Tapi susah betul nak mencuri masa untuk update blog ni.
Hari ini nak cuba kongsi beberapa resepi setakat mana yang sempat la yer...

Resepi pertama ni sangat ringkas dan mudah untuk disediakan tapi sedap lah teramat sangat!
Kalau orang utara memang kenal sangat la dengan kerabu perut campur taugeh ni.



Resepi ni seingat saya pertama kali saya cuba masa kecil dulu, masa tu masih di sekolah. Tapi tak ingat samada di darjah 6 ataupun dah masuk sekolah menengah rendah he he...
Kalau nak tahu, kampung saya ada sawah padi. Orang utara panggil "bendang". Tak lah besar sangat tapi memang seronok la kalau petang-petang pergi jalan-jalan kawasan bendang ni. Apasal pulak cerita pasal sawah padi ni? Alahai... sebenarnya kerabu pertama yang saya buat tu kerabu pucuk paku yang saya kutip di kawasan bendang tu. Pokok paku pakis ni tumbuh sendiri ja... memang banyak kalau di kawasan bendang...
Petang tu, bila balik rumah dengan secekak pucuk paku, saya terus tanya mak macam mana nak buat kerabu. Lepas tu apa lagi, terus la saya siapkan bahan-bahan dan mula memasak. Masa tu cili kering saya tumbuk dengan lesung batu. Tak main blender tau! Asli gitu...

Itu lah kisahnya. Sampai sekarang memang resepi kerabu mak tu lah yang saya guna untuk buat semua jenis kerabu. Salah satunya, kerabu perut dan taugeh. Walaupun saya tak makan perut lembu, tapi kerabu ni kegemaran suami saya. Pertama kali dapat makan perut ni di Brisbane, bukan main suka lagi dia.


Kerabu Perut Lembu dan Taugeh
Resepi: Emak

Bahan-bahan:
200gm perut lembu (dicuci bersih, direbus sehingga lembut dan ditoskan)
3 sudu besar kerisik
taugeh secukupnya (dicelur dalam air mendidih)
setengah labu bawang besar (dipotong nipis)
cili padi secukupnya (dipotong nipis) - tak perlu letak kalau tak suka pedas
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar cili giling (cili kering yang dikisar)
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.

Tips: Kesedapan kerabu ni bergantung kepada kerisik yang berfungsi untuk memekatkan kerabu kita. Lagi banyak kerisik lagi sedap tapi jangan terlebih pulak yer!





No comments:

Post a Comment