Monday, 20 October 2014

Keladi goreng yang gebu di dalam rangup di luar

Assalamualaikum.
Sarapan apa pagi tadi?
Hari ini 'pupils free day' di Brisbane ni. Maknanya, hanya cikgu dan staf lain yang akan berada di sekolah. Murid-murid semua tidak pergi ke sekolah. Tujuannya adalah untuk guru-guru dan staf-staf lain melakukan tugasan pentadbiran tanpa gangguan murid-murid.
Bila Aqiel dan Aleesya tidak ke sekolah dan ke 'kindy', mama pun tidak dibenarkan untuk ke kampus. Alahai, bila anak-anak buat permintaa begitu, hati lembut mama pun cair macam air batu....
Ditambah lagi bila papa pula meminta agar mama di rumah saja melayan anak-anak...
Demi keluarga, mama pun berkorban lah.... hehe

Jadi tengahari tadi dapatlah menjemput sahabat yang juga jiran terdekat bertandang untuk makan tengahari bersama. Entri ni bukan nak cerita pasal menu tengahari tapi sarapan pagi.

Sarapan pagi tadi ringkas tapi lazat iaitu keladi goreng....Apa-apapun resepi goreng terendam begini tak boleh makan selalu sebab sangat tinggi kolesterol.



Apa yang penting untuk menu goreng ni adalah tepungnya. Kalau rangup tepung tu biasanya sedapla jadinya... Di sini, saya nak kongsikan resepi tepung goreng yang rangup....krak...krak...bila kunyah...
Resepi hasil eksperimen, pemerhatian, dan petua orang-orang tua. Layan!

KELADI GORENG
Bahan-bahan:
Keladi secukupnya (dibuang kulit dan dipotong sederhana nipis)
Minyak untuk menggoreng terendam
100gm tepung gandum
20gm tepung beras
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar butter (atau minyak masakan- berfungsi untuk merangupkan tepung)
1 sudu besar bijan (optional - bijan berfungsi untuk menambah lemak pada bancuhan tepung)
air secukupnya (anggaran 1/2 cawan - bancuhan tepung tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata sehingga licin dan tidak berbintil.
Panaskan minyak.
Masukkan keladi ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
Bila minyak betul-betul panas, masukkan keladi sekeping demi sekeping sehingga kuali penuh.
Goreng sehingga kuning keemasan. Balikkan.
Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan.





 


No comments:

Post a Comment