Alhamdulillah...
Pejam celik pejam celik dah hampir setahun berlalu. Baru semalam rasanya kami hantar Aqiel ke Ironside State School pada hari pertama (tanggal 28 Januari 2014). Hari Khamis lepas, pihak sekolah menganjurkan konsert akhir tahun untuk para pelajar Prep. Sebaik tamat konsert, ada jamuan makan tengahari secara 'pot luck' dalam kelas Prep masing-masing. Untuk jamuan itu, saya sediakan oreo cupcakes dengan oreo cream cheese...
Cupcakes ni memang sangat senang dan mudah untuk disediakan. Kalau untuk majlis hari jadi atau apa-apa majlis untuk kanak-kanak memang sesuai. Pertama, mudah... semua bahan masuk dalam bowl dan on mixer selama 2 minit... masukkan oreo. Bakar. Siap! Kedua, sedap. Kanak-kanak biasanya memang sukakan oreo. Jadi, selalunya memang mereka akan sukakan cupcakes ini insyaAllah. Tambahan lagi kalau nampak ada oreo tercacak atas cupcakes tu. Memang berebut lah jawabnya. Tambahan pula rasa cupcakes ini tidak berat. Sedang elok saja.....
Kalau dah tak ingat, saya copy paste sekali lagi yer....
Oreo cupcakes
Resepi asal: RimaBahan-bahan:
250 gm mentega1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri (diayak)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung)
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
8-10 keping oreo (dikisar bersama krimnya - saya guna food processor)
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali oreo ke dalam mangkuk. Pukul dengan kelajuan sederhana selama dua minit. Jangan terlebih pukul pula yer! Masukkan oreo yang telah dikisar tadi. Kaup balik dengan spatula.Sedia untuk dipaipkan (atau disudukan) ke dalam paper cups. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu lebih kurang 170 darjah celcius selama 15 minit atau sehingga masak. Macam biasa, cucuk lidi ke dalam kek. Jika lidi keluar bersih, maknanya kek kita telah masak sempurna.
Oreo cream cheese frosting
250 gm cream cheese (suhu bilik)100 gm mentega (lembut)
160 gm gula icing
1 sudu teh air perahan lemon (jika suka)
2-3 keping oreo (dikisar bersama krimnya)
Pukul cream cheese dan mentega sehingga sebati dengan kelajuan tinggi.
Masukkan gula icing. Pukul pada kelajuan perlahan sehingga sebati.
Masukkan air perahan lemon dan pukul sebentar lagi.Akhir sekali, masukkan oreo yang telah dikisar. Gaul sehingga licin dan sebati.
Sedia untuk digunakan.
No comments:
Post a Comment