Assalamualaikum wbt....Salam sejahtera
Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur kita hari ini...
Hari ini saya nak kongsi resepi chocolate cake yang saya buat lebih kurang empat bulan lalu sempena hari jadi Aqief yang kedua. Taktaulah kenapa, lama sungguh dok peram resepi ni...Allah tak izinkan lah tu kan.
Sebenarnya suami saya pun dah lama minta buatkan kek ni sekali lagi... insyaAllah akan diusahakan dalam masa terdekat... harap-harap cik abang dapat bersabar.... hehe
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan :Azlita Masam Manis
Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila ekstrak.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila ekstrak
1 sudu teh jus daripada lemon
1 sudu teh paste lemon ~ Kak Azlita tambah (saya tak letak)
Pukul cream cheese dan mentega sampai creamy saja, tambahkan gula aising dan jus lemon.
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ kak Azlita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ kak Azlita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ kak Azlita tambah
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cai, angkat dan sejukkan.
Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
Tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. (Boleh juga masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek)
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat ke atasnya.
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.
Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas dapur.
Lap mata pisau dan potong.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment