Sunday, 13 April 2014

Japanese Cotton Cheesecake

Assalamualaikum... Hari minggu tiba lagi. Di Brisbane sekarang ni cuti sekolah selama 2 minggu. Aqiel dah beberapa kali tanya bila nak pergi sekolah. Mungkin bosan agaknya di rumah. Ada beberapa keluarga Malaysia pergi ke Stanthorpe semalam, bawa anak-anak sempena cuti sekolah katanya. Kami dipelawa juga tapi suami agak keberatan untuk turut serta kerana beberapa faktor. "Lain kali saja lah", katanya...

Semalam saya cuba satu resepi baru yang dikongsi oleh seorang sahabat di facebook. Terima kasih yer Mas untuk resepi ni. Sebenarnya dah beberapa kali keluar masuk peti ais cream cheese yang seketul itu. Nak buat kek dari hari Jumaat lagi tapi asyik bertangguh. Akhirnya, semalam buat juga.
Inilah hasilnya :)

Kek ni memang sangat lembut, sesuai dengan namanya. Sedap memang sedap terutamanya bagi yang menggemari cheesecake yang simple dan tak berat. Anak-anak dan suami berulang-ulang makan semalam. Maknanya memang sedap la tu kan. 

Nak tengok resepi? Jom lah!

JAPANESE COTTON CHEESE KEK
Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 camb jus lemon
1/4 camt garam
60g tepung kek / tepung superfine 
(saya guna tepung gandum +1/2 tsp baking powder + 1/2 tsp soda bikarbonat)
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 camt jus lemon

Cara-caranya:
 1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
3. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus
lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tartar, sampai
berbuih-buih (foamy).
(Note: Krim tartar berfungsi untuk menguatkan 'ikatan' egg white)


5. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).





Soft peak (bertanduk) tu macam ni tau. Bila kita angkat whisk, dia tak jatuh (kaku). Tekstur yang sama macam buat meringue pavlova.

6. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah
gebu tu & kacau sampai sebati.
(Saya masukkan 1/2 adunan egg white dulu ke dalam bahan A dan kacau rata dengan spatula. Kemudian baru masukkan baki egg white yang selebihnya dan kacau rata sekali lagi)


 

7. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking.
(Saya griskan loyang dengan butter, alas dasar loyang dengan baking paper dan griskan baking paper dengan butter sekali lagi)
8. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek dalam kira-kira sejam,
dengan cara bain-marie (waterbath), pd 160°C.
(Saya lupa nak ambil gambar, hehe..tapi waterbath ni maksudnya letak loyang berisi adunan kek ke dalam loyang yang lebih besar berisi air. Teknik ini memang biasa digunakan untuk membakar cheesecake. Fungsi air adalah untuk menstabil dan mengawal suhu oven. Ini kerana cheese akan hangus jika suhu terlalu tinggi)


Selepas dibakar, beginilah rupa kek kita :)


Mudah kan? Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Salam ziarah Kak Ayu,

    Sedap nampak kek ni : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam damia...
      InsyaAllah sedap.. cuba lah :)

      Delete