Tuesday, 22 April 2014

Beef LASAGNA

Assalamualaikum...
It has been a long weekend here in Aussie...Last Friday was Good Friday...then came Easter Sunday...and Monday was a public holiday for Easter as well. 
Sempena 'cuti' beberapa hari ni, dapat la marathon di dapur. Maksudnya, macam-macam menu lah yang dihidangkan. Hehe! Salah satunya ini lah dia nak cerita ni... haaaa beef lasagna!

 Dah menitik air liur ke? Ha ha! Takper lepas ni masuk dapur buat lasagna ok...
Walaupun nampak macam 'complicated', sebenarnya buat lasagna tidaklah sesusah mana.
Tak percaya? Jom tengok resepi...

BEEF LASAGNA
Sumber asal: Ana

Bahan-bahan:
Kepingan lasagna secukupnya
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dipotong dadu)
400gm daging cincang
Sos prego secukupnya - saya guna Leggo
1 sudu besar cili sos (optional)
Cendawan butang secukupnya (optional) - saya tak letak
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano - saya guna Italian herbs
Sedikit garam
4 sudu besar minyak masak
Keju secukupnya - saya guna  Perfect Italiano pizza plus 
Tip: Kalau nak keju yang 'bertali' macam pizza tu, guna keju mozarella

Saya guna instant lasagna sheet ni... tak payah rebus atau celur dulu pun takper...terus je masuk oven   
Saya guna daging segar yang dikisar sendiri...fresh!
Bahan-bahan untuk sos putih:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
250ml susu segar
2 keping keju cheddar
sedikit garam

 
 Cara-cara membuat inti daging:
Panaskan 4 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu.


Bila bawang dah layu, masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak (berubah warna). Kemudian masukkan sos Leggo (atau Prego) agak-agak sehingga tenggelam semua daging dan agak berkuah sedikit. Kacau sehingga rata.
Masukkan garam secukup rasa diikuti dengan serbuk oregano. Kemudian masukkan cendawan butang. (Tip: Boleh juga masukkan saderi dan capsicum jika suka).
Masukkan sos cili.Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau sekejap dan matikan api. 

Saya guna sos Leggo (tomato+olive+cili+mushroom)


Cara-cara menyediakan sos putih:
Cairkan butter. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Masukkan susu segar. Akhir sekali masukkan keju cheddar. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga keju cair sepenuhnua dan sos sedikit likat.


 Cara-cara melapis lasagna:
Mula-mula, susun lasagna sheet dalam dulang (saya guna loyang segiempat saiz 9 inci). Boleh griskan dulang dengan sedikit butter atau minyak jika perlu.
Pastikan kepingan lasagna menutupi dasar loyang.
Kemudian taburkan inti daging sehingga menutupi kepingan lasagna. Tuang sos putih ke atas inti. Lagi banyak lagi sedap!
Kemudian tabur keju di atas sos putih. Banyak mana tu terpulang pada kehendak hati masing-masing.
Kemudian boleh la ulang proses yang sama sehingga inti dan sos putih habis. Pastikan lapisan teratas adalah sos putih dan taburan keju.
(Saya buat 2 layers jer)

Bila dah siap, boleh la masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah Celsius. Bakar sehingga masak atau sehingga keju cair sepenuhnya dan bertukar keperangan. Saya bakar selama 40 minit.

Beginilah hasilnya.... 


Bila agak-agak dah suam boleh la dipotong dan dihidangkan....hoho.....memang sedap!


Selamat mencuba!






No comments:

Post a Comment