Monday 6 October 2014

Nasi minyak daging hitam

Assalamualaikum sekali lg...
Hari ini cuti umum di Australia sempena hari buruh.... so ada masa terluang sebelum bersilat balik di kampus esok dan seterusnya...Jadi nak siapkan entri yang tertunggak dari raya puasa hari tu insyaAllah...
Mula-mula kita cerita pasal nasi minyak dulu la yer... nasi minyak ni biasanya gandingan mantapnya adalah daging hitam... Haaaaa kali ni nak kongsi resepi nasi minyak dan daging. Menu ni suami saya yang sediakan... Jadi, resepi ini versi suami saya yang saya pun tak tahu asal usul dari mana....
Sebenanrnya, menu ni kami sediakan untuk para peserta dan penceramah program MEKAR minggu lepas... MEKAR merupakan singkatan kepada Mencari Keredhaan Allah dan Rasul, sebahagian program dakwah tahunan yang diadakan di Australia meliputi Sydney, Melbourne, dan Perth.
Pada tahun ini, buat pertama kalinya Brisbane turut serta dengan kerjasama HAKIM...

Berbalik kepada resepi nasi minyak dan daging hitam... Kan saya kata menu ni suami saya yang sediakan kan tadi.. apa-apapun jom kita layan resepinya...


Nasi minyak
Sumber: Azlita masam manis

Bahan-bahan:
3 cawan beras jasmine
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2  cawan kismis


1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam

Pewarna kuning telur


Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

5 biji pelaga

Cara penyediaan:
Cuci dan rendam beras selama 10minit

Masukkan mentega dan minyak jagung dalam rice cooker.
Tumiskan bahan tumis hingga harum.
Masukkan bawang hiris, bawang putih hiris dan halia hiris.
Masak hingga harum baunya.
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Masukkan kismis (suami saya tabur kismis di atas nasi yang telah masak).
Perasakan dengan garam. Kacau rata. Masukkan beras, tutup rice cooker dan masak seperti biasa.
Bila nasi setengah masak, guna chopstik (atau lidi bersih) dan buat lubang-lubang kecil pada nasi.
Masukkan setitik pewarna kuning telur dalam setiap lubang.
Tutup semula rice cooker dan biarkan nasi dimasak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, gembur nasi supaya warna sekata.
Dah siap untuk dihidangkan :)

Daging hitam
Sumber: Azlita masam manis
Resepi asal oleh : Chef Ismail Ahmad


Bahan-bahan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara penyediaan:
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan


Kami juga sediakan sayur kobis goreng bersama nasi minyak dan daging hitam. Hai, resepi sayur kobis goreng pun nak kongsi jugak ke? Apa salahnya ye tak? Layan je la nyahhhh....
Sayur ni saya yang sediakan... masalahnya semua main campak tanpa sukatan... kira boleh la kan

Kobis Goreng
Bahan-bahan:
Kobis secukupnya dipotong ikut suka (haha)
Bawang putih (dihirs)
Bawang merah (dihiris)
Rempah tumis campur (yang ada biji sawi tu)
Minyak untuk menumis
Sedikit serbuk sup
Sedikit sos tiram
Kiub pati ayam
Cili merah (dihiris)
Ikan bilis

Cara penyediaan:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan rempah tumis sehingga naik bau.
Masukkan ikan bilis.
Masukkan kobis. Kacau.
Masukkan sos tiram, serbuk sup dan kiub pati ayam. Kacay sehingga kobis agak layu.
Akhir sekali masukkan cili merah.
Siap untuk dihidangkan....






No comments:

Post a Comment