Sunday 19 October 2014

Kek chiffon pandan dan cheese leleh

Lagi satu kek yang saya buat hujung minggu ni selain white chocolate macademia adalah kek chiffon pandan cheese leleh.



Dah lama juga kek ni menjadi sebutan tapi ini kali saya pertama saya mencuba. Ternyata wallah! Aqiel dan Aleesya berulang-ulang makan. Patut la kek ni menjadi juara masa pertandingan pot luck kategori pencuci mulut di sini beberapa bulan dahulu. Terima kasih Dee kerana berkongsi resepi marvellous ni.



Takmau cerita banyak lah. Jom terus tengok resepinya.

Kek chiffon pandan dengan cheese leleh
Sumber: Mama Dee (Diyana Mahmud)



KEK CHIFFON PANDAN
Bahan-bahan:
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya gunakan 50g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster (saya gunakan 80gm gula caster)
1 tsp cream of tartar



Cara-cara:

1. Panaskan oven 160 darjah celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan ekstrak kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
 (Saya gunakan bekas kaca tahan panas. Lepas masak, saya biarkan kek di dalam bekas tersebut tanpa megeluarkannya. Kemudian saya terus tuangkan cheese leleh dan tabur keju cheddar di atas kek.)


Cheese leleh:
250 cream cheese
120 g unsalted butter (saya tak letak)
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Cheese topping sedia untuk dilepa pada kek.
Akhir sekali, tabur keju cheddar yang diparut. 



No comments:

Post a Comment