Kisah masak soto ni bermula setelah anak-anak menolak untuk makan nasi. Jadi, saya pun ligat la fikir menu lain untuk bagi anak-anak makan. Kebetulan terfikir tentang nasi impit. Biasanya saya masak lontong sebab anak-anak memang suka makan lontong. Tapi hari Ahad lepas tiba-tiba dapat idea lain sikit...Maka, di malam yang sejuk itu terhasil lah SOTO ayam!
Ok lah, bagi yang belum pernah mencuba masak sendiri soto ni, apa kata cuba resepi dari kak yatie ni, memang sedappppppppp, I tell you! Tak percaya? Cubalah sendiri..
SOTO
Sumber: Azlita Masam Manis
Resepi asal : Kak Yatie
Nasi impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya
Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng (saya guna bihun jer)
sambal kicap secukupnya (rujuk resepi di bawah) 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula (optional)
Biasanya soto ayam lebih sedap jika dimakan bersama begedil (Rujuk resepi begedil di bawah)
Goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing.
Angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
Sambal Kicap
Resepi dari: Kak Yatie
- 10 tangkai cili padi merah
- 15 tangkai cili padi hijau
- 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
- 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
- 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
- Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
- Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
- Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.
Sumber: Kak Azlita
Resepi untuk 30 biji
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil
senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan
kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. (Tip dari Kak Ita: Teknik supaya
bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia
betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa).
No comments:
Post a Comment