Sunday, 27 April 2014

Laksa Utara

Laksa utara ni memang menu yang PALING saya dan suami suka. Masak la bila-bila waktu pun memang kami tak akan menolak. Yang menariknya laksa utara ni adalah menu pertama yang saya belajar (selain dari masak nasi, air, goreng telur dan sambal tumis, haha!) dan rasanya menu ni adalah yang paling banyak pernah saya buat. Mungkin dan beratus atau beribu kali...ish ada ke beribu? Mungkin lah...


Untuk resepi laksa ni, yang menentukan sedap atau tidak adalah kuahnya. Biasanya kuah laksa ni sedap kalau sedikit pekat. Baru terasa ikannya tu. Pergghhhhh....dah terasa kat tekak masa menaip ni...

Resepi kuah laksa ni tiada rujukan dari mana-mana. Ia adalah resepi yang saya belajar dari mak dan juga diolah serba sedikit mengikut tekak kami suami isteri, hehe... bukan apa, kami suami isteri ni peminat tegar sardin (yang dalam tin)... Jadi, biasanya kuah laksa saya buat menggunakan ikan sardin dalam tin ni... Ingat lagi, sewaktu majlis perkahwinan kami tanggal 18 Mei 2008, mak buatkan lauk sardin khas untuk kami berdua..bayangkanlah kat atas meja makan pengantin tu ada menu sardin! Haha! Memang ada orang yang mengata tapi mak sedikitpun tak kisah, itu tanda kasih sayang mak pada anak dan menantunya...

Oklah, jom intai resepi laksa utara ni!

Bahan-bahan kuah laksa (3-4 orang makan):
3-4 ekor ikan kembung saiz besar (atau apa-apa ikan yang sesuai)
2 kuntum bunga kantan (dibelah 2)
segenggam daun kesom
2 sudu besar cili kisar (bergantung pada kepedasan yang anda suka)
sedikit belacan (optional)
2-3 keping asam keping
sedikit garam


Cara-cara penyediaan:
Rebus ikan sehingga masak. Asingkan isi dan tulan ikan. Kisar isi ikan dan belacan hingga halus. Saya biasanya akan tambahkan satu tin kecil sardin. Masukkan sardin bersama sosnya sekali dan kisar bersama ikan.
Masukkan isi ikan yang dikisar kedalam periuk. Tambah air ikut kepekatan yang dikehendaki.
Masukkan asam keping, cili kisar dan bunga kantan. Masak di atas api perlahan. Selalu kacau kuah untuk mengelakkan ia berketul. Masukkan garam mengikut kesesuaian. Bila kuah mendidih bolehla tutupkan api.

Bahan-bahan tambahan:
Laksa (direbus hingga lembut dan ditoskan)
Timun
Bawang besar
Daun salad
Cili besar (atau cili padi jika suka pedas)
Limau kasturi
Telur rebus

Cara hidangan:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk.
Taburkan sedikit timun, bawang besar dan salad yang dipotong halus. Tambahkan sebiji atau separuh telur rebus. Tuang kuah laksa. Boleh juga dihidangkan bersama perahan air limau kasturi. 



Sedia untuk dibalun!






Tuesday, 22 April 2014

Beef LASAGNA

Assalamualaikum...
It has been a long weekend here in Aussie...Last Friday was Good Friday...then came Easter Sunday...and Monday was a public holiday for Easter as well. 
Sempena 'cuti' beberapa hari ni, dapat la marathon di dapur. Maksudnya, macam-macam menu lah yang dihidangkan. Hehe! Salah satunya ini lah dia nak cerita ni... haaaa beef lasagna!

 Dah menitik air liur ke? Ha ha! Takper lepas ni masuk dapur buat lasagna ok...
Walaupun nampak macam 'complicated', sebenarnya buat lasagna tidaklah sesusah mana.
Tak percaya? Jom tengok resepi...

BEEF LASAGNA
Sumber asal: Ana

Bahan-bahan:
Kepingan lasagna secukupnya
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
5 ulas bawang putih (dipotong dadu)
400gm daging cincang
Sos prego secukupnya - saya guna Leggo
1 sudu besar cili sos (optional)
Cendawan butang secukupnya (optional) - saya tak letak
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano - saya guna Italian herbs
Sedikit garam
4 sudu besar minyak masak
Keju secukupnya - saya guna  Perfect Italiano pizza plus 
Tip: Kalau nak keju yang 'bertali' macam pizza tu, guna keju mozarella

Saya guna instant lasagna sheet ni... tak payah rebus atau celur dulu pun takper...terus je masuk oven   
Saya guna daging segar yang dikisar sendiri...fresh!
Bahan-bahan untuk sos putih:
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
250ml susu segar
2 keping keju cheddar
sedikit garam

 
 Cara-cara membuat inti daging:
Panaskan 4 sudu besar minyak masak. Masukkan bawang yang telah dipotong dadu.


Bila bawang dah layu, masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak (berubah warna). Kemudian masukkan sos Leggo (atau Prego) agak-agak sehingga tenggelam semua daging dan agak berkuah sedikit. Kacau sehingga rata.
Masukkan garam secukup rasa diikuti dengan serbuk oregano. Kemudian masukkan cendawan butang. (Tip: Boleh juga masukkan saderi dan capsicum jika suka).
Masukkan sos cili.Taburkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau sekejap dan matikan api. 

Saya guna sos Leggo (tomato+olive+cili+mushroom)


Cara-cara menyediakan sos putih:
Cairkan butter. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Masukkan susu segar. Akhir sekali masukkan keju cheddar. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga keju cair sepenuhnua dan sos sedikit likat.


 Cara-cara melapis lasagna:
Mula-mula, susun lasagna sheet dalam dulang (saya guna loyang segiempat saiz 9 inci). Boleh griskan dulang dengan sedikit butter atau minyak jika perlu.
Pastikan kepingan lasagna menutupi dasar loyang.
Kemudian taburkan inti daging sehingga menutupi kepingan lasagna. Tuang sos putih ke atas inti. Lagi banyak lagi sedap!
Kemudian tabur keju di atas sos putih. Banyak mana tu terpulang pada kehendak hati masing-masing.
Kemudian boleh la ulang proses yang sama sehingga inti dan sos putih habis. Pastikan lapisan teratas adalah sos putih dan taburan keju.
(Saya buat 2 layers jer)

Bila dah siap, boleh la masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 darjah Celsius. Bakar sehingga masak atau sehingga keju cair sepenuhnya dan bertukar keperangan. Saya bakar selama 40 minit.

Beginilah hasilnya.... 


Bila agak-agak dah suam boleh la dipotong dan dihidangkan....hoho.....memang sedap!


Selamat mencuba!






Friday, 18 April 2014

Soto ayam...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang salah satu makanan kegemaran saya...haa... soto ayam...! Sedap kan? Walaupun saya ni tak makan ayam, tapi saya memang peminat soto. Biasanya kalau di Malaysia saya beli soto ni di pasar malam je tapi saya bagitau makcik atau pakcik yang jual soto tu, "saya taknak ayam yer!".. hehe...
Kisah masak soto ni bermula setelah anak-anak menolak untuk makan nasi. Jadi, saya pun ligat la fikir menu lain untuk bagi anak-anak makan. Kebetulan terfikir tentang nasi impit. Biasanya saya masak lontong sebab anak-anak memang suka makan lontong. Tapi hari Ahad lepas tiba-tiba dapat idea lain sikit...Maka, di malam yang sejuk itu terhasil lah SOTO ayam!

Ok lah, bagi yang belum pernah mencuba masak sendiri soto ni, apa kata cuba resepi dari kak yatie ni, memang sedappppppppp, I tell you! Tak percaya? Cubalah sendiri..


SOTO
Sumber: Azlita Masam Manis
Resepi asal : Kak Yatie

Nasi impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik




Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng (saya guna bihun jer)
sambal kicap secukupnya (rujuk resepi di bawah) 2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula (optional)
Biasanya soto ayam lebih sedap jika dimakan bersama begedil (Rujuk resepi begedil di bawah)


Goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing.
Angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.

Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.

Sambal Kicap
Resepi dari: Kak Yatie
  • 10 tangkai cili padi merah
  • 15 tangkai cili padi hijau
  • 3 ulas bwng putih-bakar sebentar
  • 1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
  1. Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih bersama kicap jalen tadi.
  2. Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama begedil ayam.
Begedil daging
Sumber: Kak Azlita
 
Resepi untuk 30 biji
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat

300 gram daging cincang - ita guna daging buger
2 biji telur, asingkan kuning dan putih - ita guna 1 biji kuning telur
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa

Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.

Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.

Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup. Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.

Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng. (Tip dari Kak Ita: Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah, gorengnya pun lawa).

Sunday, 13 April 2014

Japanese Cotton Cheesecake

Assalamualaikum... Hari minggu tiba lagi. Di Brisbane sekarang ni cuti sekolah selama 2 minggu. Aqiel dah beberapa kali tanya bila nak pergi sekolah. Mungkin bosan agaknya di rumah. Ada beberapa keluarga Malaysia pergi ke Stanthorpe semalam, bawa anak-anak sempena cuti sekolah katanya. Kami dipelawa juga tapi suami agak keberatan untuk turut serta kerana beberapa faktor. "Lain kali saja lah", katanya...

Semalam saya cuba satu resepi baru yang dikongsi oleh seorang sahabat di facebook. Terima kasih yer Mas untuk resepi ni. Sebenarnya dah beberapa kali keluar masuk peti ais cream cheese yang seketul itu. Nak buat kek dari hari Jumaat lagi tapi asyik bertangguh. Akhirnya, semalam buat juga.
Inilah hasilnya :)

Kek ni memang sangat lembut, sesuai dengan namanya. Sedap memang sedap terutamanya bagi yang menggemari cheesecake yang simple dan tak berat. Anak-anak dan suami berulang-ulang makan semalam. Maknanya memang sedap la tu kan. 

Nak tengok resepi? Jom lah!

JAPANESE COTTON CHEESE KEK
Bahan-bahan ( 8-inci )

Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 camb jus lemon
1/4 camt garam
60g tepung kek / tepung superfine 
(saya guna tepung gandum +1/2 tsp baking powder + 1/2 tsp soda bikarbonat)
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 camt jus lemon

Cara-caranya:
 1. Cairkan cream cheese, butter & susu dengan teknik double boiler.
2. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
3. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus
lemon ke dalam adunan cream cheese & gaul hingga sebati.
4. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tartar, sampai
berbuih-buih (foamy).
(Note: Krim tartar berfungsi untuk menguatkan 'ikatan' egg white)


5. Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).





Soft peak (bertanduk) tu macam ni tau. Bila kita angkat whisk, dia tak jatuh (kaku). Tekstur yang sama macam buat meringue pavlova.

6. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah
gebu tu & kacau sampai sebati.
(Saya masukkan 1/2 adunan egg white dulu ke dalam bahan A dan kacau rata dengan spatula. Kemudian baru masukkan baki egg white yang selebihnya dan kacau rata sekali lagi)


 

7. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan
bawahnya & tepi tu salut dengan kertas baking.
(Saya griskan loyang dengan butter, alas dasar loyang dengan baking paper dan griskan baking paper dengan butter sekali lagi)
8. Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek dalam kira-kira sejam,
dengan cara bain-marie (waterbath), pd 160°C.
(Saya lupa nak ambil gambar, hehe..tapi waterbath ni maksudnya letak loyang berisi adunan kek ke dalam loyang yang lebih besar berisi air. Teknik ini memang biasa digunakan untuk membakar cheesecake. Fungsi air adalah untuk menstabil dan mengawal suhu oven. Ini kerana cheese akan hangus jika suhu terlalu tinggi)


Selepas dibakar, beginilah rupa kek kita :)


Mudah kan? Selamat mencuba!


Sunday, 6 April 2014

Home made play dough

 Playing with play dough is one of the ways recommended to help kids develop their fine motor skill and hand-eye coordination, which is an important element in learning to write. I learned about this fact from my son's school, in the notes slipped in his folder, suggesting the ideas for developing fine motor skills and hand-eye co-ordination.




We can easily purchase ready made play dough from toy shops or alternatively make it by ourselves.
I have tried making play dough using the recipe below once...(I cannot remember exactly when, but it was somewhere last year). It turned out so well. Today, I am making it again for my kids.

Play dough recipe

Ingredients:
  • 2 cups plain flour (all purpose)
  • 2 tablespoons vegetable oil
  • 1/2 cup salt
  • 2 tablespoons cream of tartar
  • Up to 1.5 cups boiling water (adding in increments until it feels just right) - in my case, 1 cup of water turned out perfect
  • food colouring (optional) - I used gel food colouring
  • few drops glycerine (optional- adds more shine!) - I didn't put
Method:
  • Mix the flour, salt, cream of tartar and oil in a large mixing bowl
  • Add the boiling water
  • Stir continuously until it becomes a sticky, combined dough
  • Add the food colouring and glycerine (both optional)
  • Allow it to cool down then take it out of the bowl and knead it vigorously for a couple of minutes until all of the stickiness has gone. * This is the most important part of the process, so keep at it until it’s the perfect consistency!*
  • (If it remains a little sticky then add a touch more flour until just right)



It is time to play, play and play!



Rezeki Allah di bumi ratu....

Assalamualaikum. Ini entri tertunggak sebenanrnya. Sepatutnya hari Rabu 2 April hari tu publish, tapi biasa la....macam-macam halangan....
Alhamdulillah, hari ini siap jugak...
  Pada 22 Mac 2014 kami mencuba buat pertama kalinya jadi caterer. Memang tak pernah terlintas di fikiran sebelum ini nak menjebakkan diri alam catering ni. Semuanya dah diatur Allah.
Niat kami pada mulanya nak berjual sikit-sikit ja sempena pasar pagi Sabtu yang memang setiap minggu diadakan di sini. Terlupa yang pada minggu tersebut ada program anjuran PPMQ dengan penceramah jemputan khas dari Malaysia, Dr MAZA. 
Mujur ada sahabat yang mengingatkan dan mengajak kami jadi caterer untuk majlis tersebut.






Pada hari rabu, 2 April 2014, kami mencuba pula membuat nasi ayam untuk Makan Night anjuran UQMSA....50 bungkus kesemuanya....alhamdulillah, terima kasih kepada Fairuz dan suaminya Azalan kerana sudi berkongsi rezeki ini....




Memang penat jadi caterer ni. Memasak dalam kuantiti yang banyak ternyata bukan mudah. Tetapi yang paling meletihkan adalah untuk mencuci dan mengemas...adoi....



 Biasalah, tiada yang mudah dalam mencari rezeki. Lainlah kalau menghabiskan duit, memang senang!


Moist Chocolate Cake with Strawberries and Chocolate Basket & Chocolate Butterflies

Alhamdulillah... kek ni saya hasilkan pada mulanya khas untuk meraikan hari kelahiran suami yang ke-33...tetapi kebetulan ada Family Day anjuran PPMQ pada hari yang sama yang menjemput penyertaan untuk pot luck competition bagi 3 kategori, entree, main course, dan dessert..Jadi saya pun sertailah pertandingan tu secara suka-suka untuk kategori dessert...



Resepi kek ni sama seperti kek coklat kukus yang saya pernah buat di sini. Bezanya kali ni saya hiaskan kek yang simple ni dengan choocolate ganache dan juga 4 bahan utama: strawberries, maltesers, chocolate basket dan chocolate butterflies. Hasilnya....herm...puas hati :)

Perasan kan strawberries tu ada yang duduk dalam basket? Haaa...basket tu buat sendiri jer...butterflies tu pun buat sendiri tapi malangnya lupa nak ambil gambar masa buat basket dan butterflies tu... tapi kalau ada yang ingin mencuba, boleh cari di youtube...saya buat basket tu guna ais batu....mudah sangat!


Ok lah, jom refresh resepi kek coklat lembap yang yummy ni:

My Kitchen's Recipe

KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum


Bhn2 A:
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair... (kali ni saya guna susu segar perasa strawberry)
1 cwn susu pekat
1 cwn myak msk..
*semua bhn d'atas gaul sebati n msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bhn dh sebati.
bhn2 B:
tepung gandum 3/4 cwn
soda bicarbonat 1 sudu kecil
baking powder 1 sudu kecil
*semua bhn nih ayak k..

bhn C: 
telur 4 biji (blender jer)

Cara-caranya:
satu kan bhn B dan C kedlm Bhn A....secara berselang seli n gaul ngan senduk jer...bila dh sebati....taruk jer dlm loyang yg dsapu myk....n kukus dlm 30 -45 minit (b'gantung saiz loyang)...klu nk test cucuk ngan lidi klu x melekat kira msk le...

*p/s...loyang 2 kena panaskan dl sblm mskkan adunan kek

Chocolate ganache
500gm coklat masakan
300gm cream (saya guna thickened cream)
30gm sirap glukos
 
Kaedah: 
Potong kecil coklat masakan dan masukkan ke dalam mangkuk. Masak cream dan sirap glukos dengan kaedah double boiler sehingga ada buih-buih kecil di tepi periuk. Tuangkan cream dan sirap glukos ke dalam coklat masakan yang telah dipotong kecil. Kacau rata sehingga mendapatkan coklat ganache yang licin dan berkilat. (Boleh juga tambah sedikit mentega jika suka).

Curahkan coklat ganache ke atas kek yang telah sejuk. Mula di tengah kek dan diikuti sekeliling tepi atas kek. Sendeng-sendengkan redai untuk membolehkan coklat ganache turun ke bawah. Tunggu sehingga coklat ganache set up (agak mengeras) sebelum pindahkan kek dari redai ke atas cake board.

Masukkan kek ke dalam peti ais sehingga coklat ganache mengeras dan kemudian keluarkan kek untuk dihias.

Chocolate basket and butterflies
Cairkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Jangan campur apa-apa bahan lain. Masukkan coklat yang telah cair dan licin ke dalam piping bag dan bentukkan butterflies dan basket. (Saya guna ais batu untuk buat basket). Untuk butterflies, masukkan ke dalam peti ais selama 10 minit untuk biarkan coklat mengeras.

Selamat mencuba!