Sunday, 7 December 2014

Apam balik cheese chocolate

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, cuaca di Brisbane kembali tenang selepas ribut hujan batu (hailstorm) melanda pada petang Khamis (27 November 2014) kira-kira jam 4.30 petang. Allahuakbar, memang menakutkan! Tak pernah kami melihat sendiri ribut yang dahsyat begitu...
Akhbar tempatan melaporkan setakat hari Selasa lepas (4 hari selepas kejadian), jumlah tuntutan insurans mencecah $200 juta. Jumlah tuntutan dijangkakan mungkin meningkat kepada $500 juta.

Di saat menyaksikan ribut itu, terlintas di hati kecil saya, bagaimana keadaannya saat malaikat Israfil meniup sangkakala... bumi bergoncang... gunung menjadi debu.... masyaAllah.... Sedikit gambaran tentang hari kiamat yang diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran:

Al-Qaari’ah
1- Hari yang menggemparkan, 2- Apa dia hari yang menggemparkan itu? 3- Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?4- Hari itu ialah (hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, 5- Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (Al Qaari’ah 1-5)

Al-Zalzalah
1- Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, 2- Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, 3- Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" , 4- Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: 5- Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Al Zalzalah 1-5)

Al-Infitar
1- Apabila langit terbelah, 2- Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan, 3- Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; ( Al Infitar 1-3)

At-Takwir
1- Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); 2- Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; 3- Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); 4- Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; 5- Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; 6- Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur (At Takwir 1-6)

SubhanaAllah... meremang bulu roma bila membaca peringatan serta amaran Allah tentang dahsyatnya hari kiamat. Semoga kita semua berada dalam golongan yang diterima taubat disisi Allah..insyaAllah..

Sebenarnya entri kali ini saya nak kongsi satu lagi resepi hasil dari ubahsuai resepi conventional. Biasa kita makan apam balik inti jagung manis dan kacang kan. Kali ini apa kata kita cuba apam balik yang lain sikit dari biasa? Haaaa.... ni dia, apam balik cheese dan chocolate rice!!!! Nyum....nyum!

APAM BALIK CHEESE DAN CHOCOLATE RICE

Bancuhan tepung
Resepi asal: Koleksi Dapur Ampang Ummies

Bahan-bahan:
2 Cwn tpg gandum.
1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur


Cara-cara:
Kisar telur dan gula hingga kembang (guna pengisar atau blender).
Masukan baking powder, yis ,minyak dan garam. Kisar lagi.
Masukan air, kisar lagi.
Masukan tepung, kisar lg.
Masukan pewarna kuning, kisar lagi.
Perap selama 1 hingga 2 jam (saya perap 15 minit sahaja untuk kali ini. Rasanya kualiti bancuhan tidak terjejas).
Guna kuali non-stick, tak perlu letak minyak.
Tuang lebih kurang 3 senduk tepung dan ratakan untuk mendapatkan bentuk bulat.
Boleh juga buat dalam saiz yang lebih kecil jika suka.
Guna api perlahan. Biarkan sehingga tepung agak keperangan. Boleh diangkat (tak perlu dibalikkan).

Bahan-bahan inti:
Keju cheddar yang diparut.
Chocolate rice secukupnya.
Susu pekat manis.
Mentega.


Cara-cara:
Inti untuk apam balik ditabur SELEPAS tepung kita siap diangkat tau, bukan semasa dalam pan seperti kebiasaannya.
Mula-mula tabur keju cheddar. Kemudian tabur chocolate rice. Tuang susu pekat manis rata-rata mengikut tahap kemanisan yang anda gemari.
Kemudian lipat apam balik kepada dua.
Akhir sekali, sapu mentega di bahagian luar apam balik.
Boleh dipotong dan dihidangkan!

1 comment: