Sunday, 14 December 2014

Amanda's wedding cake

Lebih kurang sebulan yang lalu, seorang sahabat yang sama-sama melanjutkan pelajaran di UQ, Khairatun Najwa menghantar pesanan kepada saya...bertanyakan samada saya boleh menyediakan sebiji rainbow kek untuk dihadiahkan kepada seorang rakannya dari Indonesia yang akan mendirikan rumahtangga pada 13 Disember 2014. Dengan berat hati saya terpaksa menolak kerana kesibukan tugas tetapi akhirnya saya bersetuju untuk menyediakan kek yang lebih ringkas.... iaitu kek coklat... Inilah hasilnya... wedding cake pertama saya yang tak seberapa...

Perasaan gusar menguasai diri setelah kek ini siap dihasilkan. Takut kalau-kalau si pengantin tidak berpuas hati. Tetapi alhamdulillah...feedback yang saya dapat sangat positif... Terima kasih Najwa... dan selamat pengantin baru Amanda!


Selain kek utama, Najwa juga minta saya sediakan 50 biji cupcakes coklat....



Terima kasih sekali lagi kepada Najwa dan Amanda....
Semoga Amanda dan suami Romi, berbahagia hingga ke akhir hayat...

No comments:

Post a Comment