Kami sampai sekitar jam 10.30 pagi. Sudah ramai yang beratur di kaunter tiket…kebanyakannya memakai topi untuk melindungi muka dan kepala dari panas terik. Memang panas ketika summer Queensland. Tidak hairanlah banyak berlaku ‘bushfires’ atau kebakaran hutan.
Satu tapak permainan yang menarik yang mesti dilawati adalah di mana kanak-kanak diberi peluang menjadi “nippers”… Nippers are basically the young staff among the train gang at the railway site… Di situ, kanak-kanak boleh memakai jaket dan topi keselamatan serta mencuba kerja-kerja pembinaan jalan keretapi yang dibina khas untuk mereka…memang mengujakan!
Oh ya, family pass untuk masuk ke muzium ini berharga $59.. Bagi kami yang ada tiga orang anak ni, memang lebih untung untuk mendapatkan family pass kerana jika membeli tiket berseorangan, jumlahnya adalah $63…jadi, jimatlah beberapa dollars..
Bagi yang berada di sekitar Queensland dan tak tahu kemana nak bawa anak-anak di hujung minggu atau cuti sekolah, jom ke Muzium ini. Memang berbaloi!
Jom layan lagu Thomas..tut..tut...