Biasanya ramai di kalangan kita yang menunggu-nunggu ketibaan hari Jumaat kerana kemunculannya bermakna hujung minggu akan menyusul!
Tetapi lebih dari itu, sebagai umat Islam, hari Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa.... Antara peristiwa-peristiwa besar yang sudah dan bakal berlaku pada hari Jumaat termasuk:
Dijadikan nabi Adam, turunnya ke bumi serta hari dimana wafatnya baginda.
Pada hari Jumaat juga akan terjadinya kiamat
Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
Pernikahan anatara Nabi Muhammad
Pernikahan antara Rasulullah
Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah .
Hari Jumaat sangat besar di sisi Allah, bahkan lebih besar dari hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, kerana di antara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab, tidak ada tabir penghalang doa insan terhadap Ilahi (sumber: Halaqah.net)
Pada hari Jumaat juga, setiap lelaki Muslim diwajibkan menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Bercakap tentang solat Jumaat, terlintas di fikiran saya, bagaimana saya melihat warga asing Islam di Malaysia yang menapak di bawah matahari terik semata-mata untuk ke masjid. Ada yang terpaksa berjalan agak jauh kerana tempat kerja mereka yang terletak agak berjauhan dari masjid. Alangkah malunya bagi mereka yang berkenderaan mewah dan megah tetapi keberatan untuk ke masjid seminggu sekali setiap Jumaat atas pelbagai alasan.
Begitu juga ada beberapa restoran di Malaysia yang memberhentikan perniagaan sebentar untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja Muslim lelaki pergi ke masjid. Semoga Allah merahmati dan memperluas rezeki mereka. Dalam masa yang sama tidak kurang juga restoran yang membiarkan pekerja Muslim lelaki bertugas semasa orang lain berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, tanpa rasa segan silu atau bersalah... Banyak sangat agaknya jumlah kerugian mereka kalau menutup restoran selama tak sampai dua jam..

Hairannya ada pelajar lelaki Muslim yang sudah berada di kampus, yang logiknya tiada halangan untuk berhenti sekejap untuk menunaikan solat Jumaat, tetapi tidak mengendahkan langsung perintah Allah...
Rasanya perkara pokok di sini adalah soal kesungguhan kita untuk menunaikan perintah Allah...yang lain-lain itu hanyalah alasan...
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment