Salah satu menu yang anak-anak saya sangat suka adalah makaroni keju....
Seingat saya, pertama kali saya menjamah menu ini di Pullman Putrajaya ketika terlibat dalam satu konferens anjuran Fakulti Perakaunan, UiTM Shah Alam.... memang ringkas tetapi sedap
Sewaktu makan-makan bersama rakan-rakan sejawat yang lain ketika itu, seorang rakan berkongsi resepi menu yang mudah ini....
Tapi resepi saya ni dah banyak derhaka dari resepi asal. Tak salah kan... janji sedap!
CHEESE AND MUSHROOM MACARONI
Bahan-bahan:
1 cawan macaroni
2 kuntum cendawan (ikut suka nak cendawan apa)
1 ulas bawang putih dicincang
1/2 cawan krim sup cendawan (saya guna Campbell)
1/2 cawan susu segar (boleh lebih atau kurangkan bergantung kepada banyaknya kuah yang dikehendaki)
Sedikit keju cheddar dan mozarella (diparut)
Butter untuk menumis
Serbuk oregano
Herba Itali (optional)
Gula
Cara-cara:
Panaskan butter untuk menumis. Masukkan bawang putih. Biar sehingga naik bau.
Masukkan krim sup cendawan. Kacau dan tunggu sehingga agak panas, tak perlu mendidih.
Masukkan cendawan. Biar sehingga sedikit layu.
Masukkan susu segar dan keju. Kacau sehingga keju agak mencair. Masukkan makaroni.
Perasakan dengan sedikit gula. Tak perlu letak garam kerana krim sup cendawan dah masin.
Bila keju sudah betul-betul mencair dan sebati dengan makaroni dan semua bahan-bahan lain, tutup api. Taburkan serbuk oregano dan herba Itali.
Sedia untuk dihidangkan.
Yummm...terliur la Kak.Bak mai sepinggan.Hihihihi~
ReplyDeleteBalik Brissy nanti kita makan ramai-ramai :)
ReplyDelete