Wednesday, 5 March 2014

Pelangi.....Kek pelangi.....Rainbow cake

Teringat kata-kata pujangga,
"Kadang-kadang bila kita minta panas, Allah berikan hujan....Kita marah dan sedih, menyangkakan Allah tak makbulkan doa kita. Tetapi rupa-rupanya Allah nak beri kita sesuatu yang lebih baik...Allah berikan panas setelah hujan, bukan itu sahaja, Allah juga hadiahkan kita pelangi yang indah"

Begitulah hidup ini....Allah S.W.T berfirman dalam Surah al-Mukmin ayat 60:
 [pic-1.gif]
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akanKu perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina!"

Cuma ramai antara kita yang kurang jelas, maksud 'perkenan' di sini adalah luas.Terdapat tiga cara Allah memperkenankan doa kita: (1) terus memakbulkan (2) memakbulkan tetapi lambat (3) memberi sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta.

Maka ingatlah:

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH
Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya

Mudah-mudahan kita beroleh sedikit manfaat dari perkongsian diatas. Ok lah...dari cerita pelangi, kita terus ke cerita kek pelangi pulak...walaupun tak pasti sejauh mana signifikan hubungan antara keduanya, tapi saya nak jugak share resepi kek pelangi kat sini...


Kek ni saya buat khas untuk ulangtahun kelahiran Aqiel yang ke-5 pada 4 Mac 2014. Dia yang minta nak kek pelangi ni, dari tahun lepas lagi. Jadi, mamanyer pun buat lah....
Minta maaf sangat-sangat sebab gambar tak berapa cantik. Aqiel, Aleesya & Aqief dah tak sabar-sabar nak makan kek ni. Jadi, saya ambil gambar mana yang sempat sahaja.




Nak buat kek pelangi ni perlukan kesabaran sebab nak bakar kek tu selapis-selapis sampai habis. Selain daripada tu, tak susah sangat melainkan untuk dekorasi kek... 
Resepi kek pun tak susah.....tak percaya? Tengok sendiri lah, hehe...

 Rainbow cake
By : Whisk Kid
The Martha Stewardt Show, April 2010

2 sticks (226 g) butter, room temp
2 1/3 c (426 g) sugar
5 egg whites, room temp
2 teaspoons vanilla
3 c (426 g) flour
4 tsp baking powder
½ tsp salt
1 1/2 c (355 ml) milk, warmed for 30 sec in microwave to bring to room temp
Red, orange, yellow, green, blue and purple GEL food coloring. Liquid will not be vibrant enough!

Preheat the oven to 350F degrees. Oil and line how ever many 9” cake pans you have (I have three and I just reused them).

Sift together the flour, baking powder and salt. Set aside.

Cream the sugar and butter, then add the egg whites (I cracked them all into one bowl) and add them a little at a time. Add the vanilla and mix until fully incorporated. Then, alternating between wet and dry, add the milk and flour mixture in two parts.

Divide the batter amongst 6 bowls (It's about 1 c each, but I did it by weight. Weigh your mixing bowl before you begin adding ingredients and then subtract the weight of the bowl from the final measurement after the batter is completed. Divide that number by six and add that weight of batter to each bowl), and then whisk a fair amount of the appropriate food color into each bowl. Keep in mind that the color of the unbaked batter will be the color of the baked batter. Pour into the pans and bake for 15 minutes each. 
 When you remove them from the oven, let them rest on the cooling rack, in the pan, for ten minutes. Then flip, cover, and stash them in the fridge to cool quickly.

Tips dari saya: Jika membeli gel colouring, anda hanya perlukan 3 warna asas iaitu merah, biru dan kuning. Kemudian boleh campurkan merah dan biru untuk dapatkan warna ungu (violet), dan biru dan kuning untuk dapatkan warna hijau! (Thanks to Nigel, Cakesaroundtown for this wonderful suggestion) 
Haaa...nak versi Bahasa Melayu.... kat sini....cantik kan checkered rainbow cake Kak Ita? Perfecto!
Tapi saya tak sempat la nak buat checkered bagai...pelangi senja je la...huhu

Bila dah siap dilapis, beginilah rupa kek pelangi kita:)

Lepas dah siap dilapis, sapu keseluruhan kek dengan baki cream...saya guna cream cheese filling dan frosting untuk kek ni....untuk resepi cream cheese boleh rujuk di sini ataupun boleh juga gunakan filling cream cheese meleleh yang biasa digunakan untuk snowy cheese cake....untuk frosting mungkin tak berapa sesuai sebab ia meleleh....

Kemudian, masukkan kek yang telah siap dilempa kedalam peti ais beberapa jam. Tunggu sehingga cream agak mengeras sebelum kita menghias kek kita mengikut kreativiti dan kehendak hati masing-masing!


Untuk dapatkan kesan corak seperti di atas, saya gunakan 'cake decoration comb' yang boleh didapati di kedai-kedai aksesori kek...senang saja...cuma letakkan 'comb' tu dan tekan perlahan sekeliling kek....nak buat kat atas permukaan kek pun boleh :) 

Ok...selamat melakar pelangi impian ye kawan-kawan!


No comments:

Post a Comment