Assalamualaikum wbt...
Lama sungguh rasanya tak update blog ni. Lamakah? Lama tu sesuatu yang subjektif...jadi definisi setiap individu mungkin berbeza-beza...
Entri kali ini nak cerita pasal kuih tradisional lagi. Tetapi tradisional atau moden itu juga sebenarnya sangat subjektif..Saya serahkan kepada yang pakar saja lah untuk mentafsir dan mengklasifikasikannya :)
Tanpa berlengah lagi, jom kita jengah ke dapur saya di 3/28 Alpha Street Taringa.
Haaaaa...... macam mana? Tau tak apa nama kuih ni?
Nilah dia "burger Malaysia" atau juga dikenali sebagai "pau goreng" atau "pau sambal"...
Dah nampak gambar ni, terus teringin kan? He he....
Saya memang suka kuih ni...mungkin sebab saya penggemar sambal tumis ikan bilis...Jadi, apa-apa yang ada kena mengena dengan sambal bilis ni pun saya suka :)
Dulu-dulu mak selalu buat kuih ni tapi memang tak pernah kisah nak belajar resepinya...maklumlah masih budak-budak, tau makan je...
Bila dah berumahtangga ni kena la belajar kan..
Sebenarnya, resepi kuih ni lebih kurang macam donut...
Jomlah, kita tengok!
Resepi asal: Kak Dina Brisbane
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega
1 biji telur (saya guna extra large)
secubit garam
3/4 cawan air suam
2 sudu kecil yis (saya guna mauripan)
sedikit gula untuk perasa (tak letak pun takper)
1 sudu besar susu pekat manis (saya tambah)
1 sudu besar mayonis (saya tambah)
1 sudu kecil bread softener (saya tambah)
Nota: Saya pernah terbaca tip untuk melembutkan donut ialah menambahkan sedikit susu pekat manis dan/atau mayoni. Boleh juga tambahkan kentang yang direbus dan dilecek jika suka.
Cara-cara:
Rendam yis dengan air suam dan biarkan sehingga berbuih.
Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung, telur, mentega, garam, gula, susu pekat, mayonis dan bread softerner. Tambahkan yis dan air suam tadi.
Kalau menggunakan bread maker, masukkan adunan ke dalam bread maker dan pilih set 'dough' (lebih kurang 30 minit). Kalau tanpa bread maker, uli adunan tadi sehingga sebati untuk mendapatkan dough yang licin serta tidak melekat di tangan.
Rehatkan dough sehingga naik dua kali ganda.
Tumbuk-tumbuk dough untuk mengeluarkan angin.
Bulat-bulatkan dough mengikut saiz yang anda kehendaki.
Rehatkan dough sebentar (lebih kurang 10-15 minit).
Sementara itu, panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak banyak supaya kuih anda tenggelam semasa menggoreng. Goreng (sambil balik-balikkan) kuih sehingga kekuningan.
Angkat dan toskan minyak
Bila sejuk, potongkan kuih kepada dua bahagian tetapi jangan sampai putus.
Masukkan sambal bilis dan timun yang dihiris nipis.
Siap untuk dihidangkan.....
Sedap dimakan untuk sarapan atau minum pagi apatah lagi di waktu kedinginan...huhu
No comments:
Post a Comment