Friday, 27 December 2013

SEMINGGU DI BRISBANE : 16.11.13 - 24.11.13
























BASIKAL

Pada 28 Nov 2013, sebuah keluarga dari Malaysia yang telah beberapa tahun menetap di St Lucia menghadiahkan dua buah basikal kepada Aqiel dan Aleesya. Mereka sekeluarga akan kembali ke Malaysia pada awal tahun depan. Ada beberapa barang diberikan secara percuma kepada kami selain basikal tersebut.


Harga basikal kanak-kanak yang baru disini agak mahal. Sebuah basikal beharga lebih kurang AUD110 (lebih kurang RM330).


Basikal ini telah diperbaiki serba sedikit dengan menukar tempat duduk dan juga menambah roda (stabilizer).


Terima kasih kepada Kak Faridah Awang sekeluarga di atas hadiah ini... Kami doakan Kak Faridah tamat PhD dengan jayanya dalam masa terdekat ini...insyaAllah.....



VISA oh VISA!



Proses permohonan visa pelajar Australia agak ketat dan berbeza-beza bergantung pada setiap kes. Sebelum seseorang pelajar (dan dependants) menghantar permohonan secara online, ada beberapa perkara atau dokumen yang diperlukan:

1) Confirmation of enrollment dari universiti di Australia
2) Financial affidavit bagi pelajar yang ditaja (atau bukti bayaran yuran universiti bagi yang belajar sendiri)
3) Salinan passport pelajar (dan keluarga) yang disahkan
4) Bagi yang sudah berkahwin, salinan sijil perkahwinan (dialihbahasa kepada English oleh pakar bahasa yang bertauliah dan telah disahkan)
5) Sijil kelahiran anak yang disahkan (sijil kelahiran anak-anak saya tidak perlu dialihbahasa kerana ia menggunakan dwi-bahasa)

Hanya beberapa pihak saja yang boleh mengesahkan dokumen-dokumen di atas iaitu pesuruhjaya sumpah, peguam, .....
Boleh rujuk di sini... untuk maklumat lanjut 
Jangan ambil remeh tentang perkara ini kerana permohonan anda mungkin akan ditolak jika dokumen tidak lengkap atau tidak disahkan dengan betul.

Salah satu perkara yang ingin kami kongsikan ialah supaya rakan-rakan membuat permohonan secara online sendiri di www..... Ianya sangat mudah. Kami menyangkakan prosesnya rumit lalu menggunakan khidmat IDP di Subang Jaya dengan harapan akan mendapat kelulusan dengan lebih cepat. IDP mengenakan bayaran RM250 hanya untuk mengisi borang, scan dokumen dan menghantar permohonan secara online! Selepas itu, pihak kedutaan akan berurusan terus dengan kita jika ada maklumat tambahan yang dikehendaki dan kita lah yang kena uruskan semuanya sendiri. Memang tak berbaloi!

Satu lagi yang ingin kami kongsikan di sini ialah berkenaan pemeriksaan kesihatan (i.e. medical check up). Ini adalah salah satu syarat untuk mendapatkan visa pelajar Australia. Anda hanya boleh pergi membuat pemeriksaan setelah menghantar permohonan secara online ke pihak kedutaan kerana pihak hospital memerlukan nombor transaksi sebagai rujukan kerana mereka akan menghantar laporan kesihatan secara terus ke pihak kedutaan.
Bagi yang dalam proses untuk mendapatkan visa Australia, kami nasihatkan minum air kosong sebanyak mungkin kalau boleh beberapa minggu sebelum pergi membuat pemeriksaan kesihatan. Ini adalah bagi memudahkan anda melepasi ujian air kencing. Di..... urine test dijalankan dengan menggunakan peralatan yang lebih tepat dari yang biasa diginakan di klinik-klinik biasa. Kami tidak pernah mengalami masalah dengan urine test sebelum ini tapi di.... kami gagal ujian tersebut kerana terdapat protein dalam urine. 
Protein dalam urine??? Memang pada mulanya kami pun terkejut tapi memang itulah yang terjadi...menurut doktor, masalah ini mungkin disebabkan buah pinggang gagal menapis lalu melepaskan protein dalam urine.....

Thursday, 26 December 2013

ROTARY PARK, REDCLIFFE CITY

 Sempena cuti Krismas, kami mengambil peluang untuk membawa anak-anak ke taman permainan. Objektif utama adalah untuk mencari taman yang terletak di tepi pantai dan terdapat kemudahan BBQ. Akhirnya....kami memilih untuk ke Rotary Park yang terletak di Redcliffe.....



Taman permainannya agak menarik...memang bersebelahan dengan BBQ set dan betul-betul di tepi pantai. Yang bestnya, taman ini diteduhi oleh beberapa pohon tinggi dan rimbun....memang tak panas dan sesuai untuk anak-anak bermain sementara kita menguruskan BBQ....

Aqiel excited sungguh...."Fireman Sam!"

Aqief pun tak berhenti berjalan ke sana-sini sekitar taman permainan yang agak luas ini....


Aleesya, macam biasalah...tak berhenti bercakap...memang menghiburkan hati :)


Mama 'sibuk' mengawal anak-anak...haha!




Papa menguruskan makanan.... Thanks for the good grilled food Papa!


Aqief yang peramah mendekati sepasang warga Australia yang sudah berusia...berkenan dengan Aqief, mereka menghulurkan beberapa paket biskut....what a lovely couple! (sayang tak sempat nak ambil gambar mereka...)




Malaya Veterans? Fascinating....!


Friday, 20 December 2013

SUNSHINE COAST : MOOLOOLABA

Semalam, kami sekeluarga pergi berkelah di Sunshine Coast, Australia. Kami memilih Mooloolaba sebagai destinasi pilihan. Jaraknya lebih kurang 120km dari rumah kami di Brisbane. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam 15 minit.

 











 
View Larger Map

Tuesday, 17 December 2013

MUSIM BUNGA : ROMA STREET PARKLAND

Musim Bunga merupakan salah satu daripada empat musim dalam zon sederhana, serta berperanan sebagai musim peralihan daripada musim sejuk kepada musim panas. Musim bunga dikira dari keseluruhan Mac, April, dan Mei di Hemisfera Utara dan September, Oktober, dan November di Hemisfera Selatan. Musim bunga bermula di Vernal Ekuinoks (20 Mac atau 21 Mac di Hemisfera Utara dan 22 September 22 atau 23 Septermber di Hemisfera Selatan) dan bertahan sehinggalah Musim Panas (21 atau 22 Jun di Hemisfera Utara dan 21 atau 22 Disember di Hemisfera Selatan). Ini merupakan pengalaman pertama kami berada di musim bunga. Subhanallah, sungguh cantik.


















View Larger Map