Tuesday, 27 January 2015

Kaswi Pandan

Assalamualaikum wbt...
Entri kali ini agak istimewa kerana inilah kali pertama saya menulis dari kampung halaman tercinta. Setelah lebih setahun setengah di Brisbane, akhirnya Allah kurniakan nikmat bertemu dengan ibu bapa dan keluarga yang sangat dirindui.... nyata nikmat Allah terlalu banyak...cuma kita sebagai hambaNya yang selalu lupa dan alpa...

Bila berada di tanahair sendiri, satu lagu nikmat yang mungkin tidak kita terlepas pandang adalah kemudahan mendapatkan bahan-bahan masakan untuk menyediakan menu masakan Melayu tradisional...contohnya, kali ini saya buat kuih kaswi pandan dengan menggunakan jus pandan dari daun pandan asli dan kelapa parut putih segar. Memang lain rasanya berbanding jus pandan buatan dan kelapa parut kering yang sering digunakan di Brisbane...
Allah...nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan?


Resepi kuih kaswi ni saya intai di dapur Azie.
Kalau kat tempat saya ni kuih ni kami panggil LOMPANG...tapi lompang biasanya yg warna kehitaman sebab menggunakan gula merah...bezanya kali ini saya buat lompang atau kaswi PANDAN... sedap sangat!


 KASWI PANDAN

Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1/2 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau
 
Kelapa parut putih
Sedikit garam
 
 
Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan. 

Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata. 

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya guna acuan lompang yang kecil-kecil. Jadi boleh kurangkan masa mengukus ke 15 minit.

Bila dh agak sejuk, keluarkan dari acuan. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang digaul terlebih dahulu dengan sedikit garam.
 
Siap untuk dingapp!!

Friday, 9 January 2015

Kerabu sotong ala Thai....sawadikapppp!

Alhamdulillah... Pada Ahad lepas bersamaan 4 Januari 2015 kami diizinkan Allah pergi menjelajah salah satu bahagian yang menarik di South Queensland iaitu Warwick. Entri mengenai pengalaman lawatan tersebut nanti saya kongsikan di entri lain insyaAllah.. Bolehla dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat yang mungkin ada rezeki ke sana pulak nanti.

Pada entri ini saya nak kongsi satu resepi menu ringkas yang saya sediakan untuk bekalan ke Warwick hari tu.... iaitu kerabu sotong ala Thai. Memang terangkat! (ish ish masuk bakul terangkat sendiri hehe)


Resepi ni saya terjumpa di blog Umi Fateh.... nampak menarik dan ringkas.... Jadi saya pun cuba lah.... Cuma saya ada derhaka sikit-sikit sebab kerabu ni tak strict sangat macam buat kek. Jadi kalau terlabih terkurang pun insyaAllah jadi lagi kerabu kita...
Dari segi rasa, herm...boleh tahan...macam yang biasa kita makan di restoran Thai :)
Jom intai resepi ringkas ini...


KERABU SOTONG ALA THAI

Sumber: Umi Fateh

Bahan-bahan :
10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap (saya guna 3 ekor sotong saiz besar)
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu (saya potong nipis - buang biji tomato dulu)
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. (Saya potong sotong saiz empat persegi dulu kemudian baru rebus)
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Senang sangat kan? Kan? Kan? Haaaa boleh la buat :)

Friday, 2 January 2015

Mini Pizza Sosej Bun

Assalamualaikum wbt...
Minggu lepas, beberapa hari hujan turun di Brisbane... seiring dengan hujan di tanahair yang turun mencurah-curah...sehingga empat buah negeri dilanda banjir. Malah inilah banjir terburuk dalam sejarah negara... Innalillah...mudah-mudahan semua mangsa terlibat sabar, tabah, dan redha dengan ujian Allah yang berat ini.
Alhamdulillah hujan dah berhenti sejak beberapa hari lalu cuma cuaca sangat panas sekarang...  Kadang-kadang, hujan turun tiba-tiba dalam keadaan panas terik tu... begitulah keadaan di Queensland. Cuacannya tak menentu dan sukar dijangka.

Beberapa hari lalu, saya sediakan mini pizza sosej bun untuk makan malam. Tapi sebab dapat banya, siap boleh simpan untuk breakfast sekali.... Bukan apa, teringat kat Malaysia dulu selalu beli mini pizza sosej bun ni. Kat sini memang tak dijual... Jadi terpaksa la menggodek sendiri.
Alhamdulillah suami belikan breadmaker sejak sampai dulu. Senang sikit la sebab kerja menguli tak payah buat sendiri.... Masuk, tekan, dan tunggu! He he....memang berbaloi!


Resepi doh bun saya guna resepi yang biasa saya guna untuk buat tuna roll iaitu resepi dari Che Mat Gebu yang memang gebu gebas....

DOH BUN
Sumber: Che Mat Gebu

 250 gram tepung berprotein tinggi (saya guna tepung gandum saja)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara-cara:
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).


TOPPING MINI PIZZA
Mixed Vegetables (saya guna carrot, jagung dan kacang peas)
Mayonis secukupnya
Sosej secukupnya
Susu segar dan telur (boleh guna lebihan telur untuk buat doh) - campurkan

Gaulkan mixed vegetables dengan mayonis sehingga rata. Ketepikan.

Cara meneyediakan mini pizza sosej bun.
Boleh guna apa2 juga kaedah yang anda suka. Saya ikut cara seperti dalam videodi sini.

Bila dah siap, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius sehingga mini pizza sosej bun masak. Keluarkan dari oven dan sapukan lebihan campuran telur dan susu di atas permukaan bun.
Sedia untuk dihidangkan.

Boleh juga sediakan vege bun seperti di bawah:



Aleesya turned FOUR!

Aleesya Nur Amanda Damia binti Amatul Hisyam...satu-satunya anak perempuan kami..
Syukur kehadrat Allah swt di atas kurniaanNya... 
Rasa seperti baru semalam melahirkan dia di Hospital Putrajaya...
Sedar-sedar dia sudah menjangkau empat tahun...Alahmdulillah...

 Aleesya seorang yang lincah, petah berkata-kata, dan kadang-kadang agak pemarah...Hai anak mama dan papa ni... apa-apapun dia lah satu-satunya puteri penyejuk hati...



Setelah lebih setahun setengah menetap di Brisbane, Aleesya sudah fasih berbahasa Inggeris. Ingat lagi dulu dia sering membayangkan yang dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun sebenarnya tidak. Dia akan bercakap seakan-akan berbunyi seperti Bahasa Inggeris, tetapi apa maksudnya...hanya dia dan Allah yang tahu...memang geli hati bila mengenangkan saat itu... 
Sejak Aqiel masuk Prep dan Aleesya kami daftarkan di kindy tak lama kemudian, dia begitu cepat mempelajari bahasa kedua itu...
Walaupun ulangtahun kelahiran Aleesya sudah lebih sebulan berlalu, namun baru sekarang didizinkan Allah untuk mencoret sesuatu mengenainya disini untuk menjadi kenangan di masa akan datang.. Salah satu sebab utamanya adalah kerana oral presentation saya untuk confirmation milestone ditetapkan sehari selepas harijadi Aleesya. Jadi memang agak kelam kabut sedikit pada waktu itu...

Di Brisbane, sahabat karib atau 'best friend forever' (BFF) Aleesya adalah Sarah... Mereka berada dalam kelas yang sama di kindy...kebetulan rumah kami dan rumah keluarga Sarah sangat dekat...hanya beberapa meter jaraknya.... kebetulan juga, hari jadi Sarah jatuh pada 18 November... jadi kami sambut hari jadi mereka serentak tahun ini di rumah Sarah pada hari Sabtu 15 November 2014 ...  


 Ummi Sarah, Asma Harun menyediakan makanan utama... nasi, sup tulang power, dan bihun sup... memang terangkat!
Saya pula menyediakan kek harijadi untuk mereka berdua... kek pandan cheese leleh.....


Memang ramai peminat kek ni... tak sampai berapa minit potong, dah lenyap semua!


Kami tak menjemput sesiapa pada malam itu. Hanya keluarga kami dan satu lagi keluarga sahabat yang rapat dengan kami di sini....keluarga Kak Izanoordina dan Saiful...
Bukan main seronok anak-anak pada malam itu...

Pada hari Selasa, 18 November 2014, kami buat satu lagi sambutan hari jadi untuk Sarah dan Aleesya. Tetapi kali ini di kindy bersama raka-rakan sekelas dan cikgu-cikgu mereka, Ms Angela dan Ms Carly...
Saya juga buatkan kek ombre pink dengan cream cheese rosettes untuk mereka....

Memang seronok melihat telatah anak-anak ini bila melihat kek dan party bags.... Seronok sungguh mereka... Alhamdulillah...
Mudah-mudahan Sarah dan Aleesya akan membesar menjadi anak-anak yang solehah....
Aamiin...

Sunday, 21 December 2014

Kek Lumut Sarawak

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera...
Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan oleh Allah untuk berkumpul bersama sahabat-sahabat yang disayangi di Brisbane ini untuk kesekian kalinya... Memang kami empat keluarga sering berkumpul di hujung minggu untuk bersama berkongsi kisah pengajian dan kehidupan di sumi ratu ini...Biasanya kami akan sediakan makanan untuk dimakan bersama. Tetapi hari ini ada sedikit kelainan.....Istimewa dari biasa....Seronok rasanya dapat bersama makan-makan, mendengar tazkirah dan membaca surah yassin di rumah sewaan kami...
Kak Dina menyediakan menu utama nasi hujan panas, daging hitam resepi istimewa Dipol (Dina+Sepol), acar buah, dan salad sayuran. Sementara Amalina yang akan pulang ke Malaysia dalam masa tiga hari lagi menyediakan nasi putih dan kari kepala ikan. Asma pula menyediakan sambal belacan dan laksa. Saya sebagai tuan rumah tidak dibenarkan menyediakan apa-apa menu kecuali manisan.... :) 


Fikir punya fikir, di saat-saat akhir saya buat keputusan untuk sediakan kek lumut Sarawak...
Sebenarnya dah beberapa minggu juga saya simpan hasrat nak mencuba resepi kek lumut ni setelah terlihat gambar yang mengancam di dapur Dayang....
Nampak gebu, lembap dan menarik kejadian kek lumut ni, memang macam lumut!

Memang betul sedap kek ni. Cuma masa mengukusnya memang lama...3 hingga 4 jam!
Tapi bila dah masak, buka jer aluminium foil...semerbak bau horlicks....masyaAllah harumnya...kalau tambah nestum mesti lagi harum...


Okay, cerita panjang lebar pun tak guna....apa kata cuba sendiri...baru tau kesedapannya..



KEK LUMUT SARAWAK

Sumber: Dapurku Sayang

(Saya buat separuh dari adunan saja untuk loyang bulat 7x3 inci)

Bahan-bahan:
  • 10 biji telur gred A
  • 450g mentega berkualiti tinggi (Golden Churn, Anchor, SCS)
  • 3/4 cawan gula kastor 
  • 2 cawan nestum (dikisar halus) - saya tak letak sebab tak ada
  • 1 cawan serbuk almond
  • 1 cawan serbuk horlicks - saya gandakan untuk gantikan nestum
  • 1 cawan tepung hongkong/gandum (diayak) -saya gandakan untuk gantikan nestum
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 botol besar (60 ml) pes pandan cap Kopoe-Kopoe ( pewarna dan perisa pandan yang lain pun boleh)
  • 1 cawan susu pekat manis


Cara-cara:
  • Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan dengan sedikit  tepung (alaskan loyang dengan kertas minyak jika suka) 
  • Pukul mentega bersama gula halus dan esen vanilla hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima. 
  • Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed perlahan). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis. 


  • Masukkan susu pekat dan pes pandan. Putar sebati. 
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dengan horlicks, serbuk almond dan nestum. Kacau sebati. 
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tutupkan dengan kertas foil yang sudah disapukan sedikit butter (supaya permukaan kek tak melekat pada kertas foil). 
  • Kukuskan selama 4 jam - saya kukus 3.5 jam. (tambah air panas jika hampir kering) 
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong


 Selamat mencuba!


 InsyaAllah, saya pun nak buat lagi kek ni sebab memang saya suka :)
Saya tengok suami dan anak-anak pun berulang-ulang makan. Kawan-kawan yang makan tadi pun kata sedap! 


Saturday, 20 December 2014

Toasted coconut and blueberry muffins

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu...
Pejam celik pejam celik, dah nak habis tahun 2014 kan... Cepat sungguh masa berlalu.... 
Sekarang ni di Brisbane musim panas. Suhu sekitar 31-35 darjah celcius. Allah, memang berbahang.
Tambahan pula unit yang kami sewa ni tiada alat penghawa dingin. Kesian anak-anak. Berpeluh-peluh. 

Sekarang kami sedang berkira-kira untuk berpindah rumah. Bukan sebab tiada alat penghawa dingin tetapi sebab tuan rumah sedang dalam proses untuk menjual rumah yang kami sewa ni. Sebabnya tidak pula kami ketahui. Pemilik unit ini Eliza namanya. Melihat dari rupa fizikalnya, saya kira dia dari Filipina. Saya mungkin silap.... 

Okaylah, cukup cerita pasal rumah sewa. Jom kita intai-intai resepi muffin ni yang saya jumpa di dapur For the Love of Cooking. Muffins ni saya buat pagi tadi sementara menunggu suami pulang dari membeli barang-barang keperluan di Inala. Kebetulan ada blueberries yang saya beli semalam di kedai buah-buahan dan sayur-sayuran berhampiran Restoran Shalom. Resepinya ringkas dan mudah. Jom kita!

TOASTED COCONUT AND BLUEBERRY MUFFINS

Source: For the Love of Cooking

Ingredients:

1 1/2 cups of white flour
1/2 cup of whole wheat flour (I used 2 cups of plain flour)
2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1/2 cup sugar
1/2 cup sweetened coconut, toasted
1/2 cup of sweetened coconut
1 egg, beaten
4 tablespoons butter, melted and slightly cooled
1 cup milk
1 tsp vanilla extract
1 1/2 cups fresh blueberries (divided)

 

Directions:

Preheat oven to 400 degrees and coat a 12 cup muffin tin with cooking spray.
Toast the coconut. Place the coconut in a thin layer on a baking sheet. Place into the oven and watch very carefully so it doesn't burn. Toss to brown evenly. Remove from the oven and let it cool.
Combine flours, baking powder, salt, and sugar together in a large bowl. Add the toasted coconut and combine.
Using an immersion blender (I used hand whisk), mix together the egg, butter, milk, and vanilla until well combined. Slowly pour the dry ingredients into the wet ingredients and mix well. Fold in most of the blueberries gently into the muffin batter.
Divide the batter among muffin cups. Sprinkle the (un-toasted) coconut evenly over the top of each muffin followed by the remaining blueberries.
Bake for 18-20 minutes or until a tester inserted into the center of a muffin comes out clean. Cool for a few minutes in the muffin tin then remove from the tin and let them cool on a cooling rack. Enjoy.


Wednesday, 17 December 2014

Devil's food chocolate cake for AQIEF's birthday

Assalamualaikum wbt....Salam sejahtera

Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur kita hari ini...
Hari ini saya nak kongsi resepi chocolate cake yang saya buat lebih kurang empat  bulan lalu sempena hari jadi Aqief yang kedua. Taktaulah kenapa, lama sungguh dok peram resepi ni...Allah tak izinkan lah tu kan.


Sebenarnya suami saya pun dah lama minta buatkan kek ni sekali lagi... insyaAllah akan diusahakan dalam masa terdekat... harap-harap cik abang dapat bersabar.... hehe


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan :Azlita Masam Manis

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanila ekstrak.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu teh vanila ekstrak
1 sudu teh jus daripada lemon
1 sudu teh paste lemon ~ Kak Azlita tambah (saya tak letak)

Pukul cream cheese dan mentega sampai creamy saja, tambahkan gula aising dan jus lemon.




Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ kak Azlita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ kak Azlita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ kak Azlita tambah

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cai, angkat dan sejukkan.

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
Tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. (Boleh juga masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek)
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat ke atasnya.
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras.

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.


Selamat mencuba!