Tuesday 27 January 2015

Kaswi Pandan

Assalamualaikum wbt...
Entri kali ini agak istimewa kerana inilah kali pertama saya menulis dari kampung halaman tercinta. Setelah lebih setahun setengah di Brisbane, akhirnya Allah kurniakan nikmat bertemu dengan ibu bapa dan keluarga yang sangat dirindui.... nyata nikmat Allah terlalu banyak...cuma kita sebagai hambaNya yang selalu lupa dan alpa...

Bila berada di tanahair sendiri, satu lagu nikmat yang mungkin tidak kita terlepas pandang adalah kemudahan mendapatkan bahan-bahan masakan untuk menyediakan menu masakan Melayu tradisional...contohnya, kali ini saya buat kuih kaswi pandan dengan menggunakan jus pandan dari daun pandan asli dan kelapa parut putih segar. Memang lain rasanya berbanding jus pandan buatan dan kelapa parut kering yang sering digunakan di Brisbane...
Allah...nikmat Allah yang mana hendak kamu dustakan?


Resepi kuih kaswi ni saya intai di dapur Azie.
Kalau kat tempat saya ni kuih ni kami panggil LOMPANG...tapi lompang biasanya yg warna kehitaman sebab menggunakan gula merah...bezanya kali ini saya buat lompang atau kaswi PANDAN... sedap sangat!


 KASWI PANDAN

Sumber: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2/3 cawan gula pasir
2 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
3/4 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan)*
Secubit garam
1/2 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau
 
Kelapa parut putih
Sedikit garam
 
 
Cara cara:
Masak gula pasir dengan 2 cawan air sehingga gula larut serta mendidih. Ketepikan. 

Dalam periuk lain, satukan semua bahan di atas kecuali air gula dan digaul rata. Setelah bergaul rata, baru dituangkan air gula dan kacau rata. 

Masak atas api perlahan dan kacau sehingga hampir likat. Jangan pekat sangat. Masukkan dalam loyang atau bekas kaca dan kukus selama 20 minit. Saya guna acuan lompang yang kecil-kecil. Jadi boleh kurangkan masa mengukus ke 15 minit.

Bila dh agak sejuk, keluarkan dari acuan. Gaulkan dengan kelapa parut putih yang digaul terlebih dahulu dengan sedikit garam.
 
Siap untuk dingapp!!

Friday 9 January 2015

Kerabu sotong ala Thai....sawadikapppp!

Alhamdulillah... Pada Ahad lepas bersamaan 4 Januari 2015 kami diizinkan Allah pergi menjelajah salah satu bahagian yang menarik di South Queensland iaitu Warwick. Entri mengenai pengalaman lawatan tersebut nanti saya kongsikan di entri lain insyaAllah.. Bolehla dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat yang mungkin ada rezeki ke sana pulak nanti.

Pada entri ini saya nak kongsi satu resepi menu ringkas yang saya sediakan untuk bekalan ke Warwick hari tu.... iaitu kerabu sotong ala Thai. Memang terangkat! (ish ish masuk bakul terangkat sendiri hehe)


Resepi ni saya terjumpa di blog Umi Fateh.... nampak menarik dan ringkas.... Jadi saya pun cuba lah.... Cuma saya ada derhaka sikit-sikit sebab kerabu ni tak strict sangat macam buat kek. Jadi kalau terlabih terkurang pun insyaAllah jadi lagi kerabu kita...
Dari segi rasa, herm...boleh tahan...macam yang biasa kita makan di restoran Thai :)
Jom intai resepi ringkas ini...


KERABU SOTONG ALA THAI

Sumber: Umi Fateh

Bahan-bahan :
10 ekor sotong saiz kecil dan comel - buang dakwat dan rebus sekejap (saya guna 3 ekor sotong saiz besar)
2 ulas bawang merah - mayang
1/2 biji bawang besar holland - mayang
2 batang serai - mayang nipis
6 batang kacang panjang - potong nipis
2 biji tomato - potong dadu (saya potong nipis - buang biji tomato dulu)
Cili besar @ cili padi - mayang
2 biji limau nipis sederhana besar - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1) Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus. (Saya potong sotong saiz empat persegi dulu kemudian baru rebus)
2) Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.
3) Siap untuk di hidangkan.

Senang sangat kan? Kan? Kan? Haaaa boleh la buat :)

Friday 2 January 2015

Mini Pizza Sosej Bun

Assalamualaikum wbt...
Minggu lepas, beberapa hari hujan turun di Brisbane... seiring dengan hujan di tanahair yang turun mencurah-curah...sehingga empat buah negeri dilanda banjir. Malah inilah banjir terburuk dalam sejarah negara... Innalillah...mudah-mudahan semua mangsa terlibat sabar, tabah, dan redha dengan ujian Allah yang berat ini.
Alhamdulillah hujan dah berhenti sejak beberapa hari lalu cuma cuaca sangat panas sekarang...  Kadang-kadang, hujan turun tiba-tiba dalam keadaan panas terik tu... begitulah keadaan di Queensland. Cuacannya tak menentu dan sukar dijangka.

Beberapa hari lalu, saya sediakan mini pizza sosej bun untuk makan malam. Tapi sebab dapat banya, siap boleh simpan untuk breakfast sekali.... Bukan apa, teringat kat Malaysia dulu selalu beli mini pizza sosej bun ni. Kat sini memang tak dijual... Jadi terpaksa la menggodek sendiri.
Alhamdulillah suami belikan breadmaker sejak sampai dulu. Senang sikit la sebab kerja menguli tak payah buat sendiri.... Masuk, tekan, dan tunggu! He he....memang berbaloi!


Resepi doh bun saya guna resepi yang biasa saya guna untuk buat tuna roll iaitu resepi dari Che Mat Gebu yang memang gebu gebas....

DOH BUN
Sumber: Che Mat Gebu

 250 gram tepung berprotein tinggi (saya guna tepung gandum saja)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

Cara-cara:
 Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. 
KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).


TOPPING MINI PIZZA
Mixed Vegetables (saya guna carrot, jagung dan kacang peas)
Mayonis secukupnya
Sosej secukupnya
Susu segar dan telur (boleh guna lebihan telur untuk buat doh) - campurkan

Gaulkan mixed vegetables dengan mayonis sehingga rata. Ketepikan.

Cara meneyediakan mini pizza sosej bun.
Boleh guna apa2 juga kaedah yang anda suka. Saya ikut cara seperti dalam videodi sini.

Bila dah siap, masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 darjah celcius sehingga mini pizza sosej bun masak. Keluarkan dari oven dan sapukan lebihan campuran telur dan susu di atas permukaan bun.
Sedia untuk dihidangkan.

Boleh juga sediakan vege bun seperti di bawah:



Aleesya turned FOUR!

Aleesya Nur Amanda Damia binti Amatul Hisyam...satu-satunya anak perempuan kami..
Syukur kehadrat Allah swt di atas kurniaanNya... 
Rasa seperti baru semalam melahirkan dia di Hospital Putrajaya...
Sedar-sedar dia sudah menjangkau empat tahun...Alahmdulillah...

 Aleesya seorang yang lincah, petah berkata-kata, dan kadang-kadang agak pemarah...Hai anak mama dan papa ni... apa-apapun dia lah satu-satunya puteri penyejuk hati...



Setelah lebih setahun setengah menetap di Brisbane, Aleesya sudah fasih berbahasa Inggeris. Ingat lagi dulu dia sering membayangkan yang dia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris walaupun sebenarnya tidak. Dia akan bercakap seakan-akan berbunyi seperti Bahasa Inggeris, tetapi apa maksudnya...hanya dia dan Allah yang tahu...memang geli hati bila mengenangkan saat itu... 
Sejak Aqiel masuk Prep dan Aleesya kami daftarkan di kindy tak lama kemudian, dia begitu cepat mempelajari bahasa kedua itu...
Walaupun ulangtahun kelahiran Aleesya sudah lebih sebulan berlalu, namun baru sekarang didizinkan Allah untuk mencoret sesuatu mengenainya disini untuk menjadi kenangan di masa akan datang.. Salah satu sebab utamanya adalah kerana oral presentation saya untuk confirmation milestone ditetapkan sehari selepas harijadi Aleesya. Jadi memang agak kelam kabut sedikit pada waktu itu...

Di Brisbane, sahabat karib atau 'best friend forever' (BFF) Aleesya adalah Sarah... Mereka berada dalam kelas yang sama di kindy...kebetulan rumah kami dan rumah keluarga Sarah sangat dekat...hanya beberapa meter jaraknya.... kebetulan juga, hari jadi Sarah jatuh pada 18 November... jadi kami sambut hari jadi mereka serentak tahun ini di rumah Sarah pada hari Sabtu 15 November 2014 ...  


 Ummi Sarah, Asma Harun menyediakan makanan utama... nasi, sup tulang power, dan bihun sup... memang terangkat!
Saya pula menyediakan kek harijadi untuk mereka berdua... kek pandan cheese leleh.....


Memang ramai peminat kek ni... tak sampai berapa minit potong, dah lenyap semua!


Kami tak menjemput sesiapa pada malam itu. Hanya keluarga kami dan satu lagi keluarga sahabat yang rapat dengan kami di sini....keluarga Kak Izanoordina dan Saiful...
Bukan main seronok anak-anak pada malam itu...

Pada hari Selasa, 18 November 2014, kami buat satu lagi sambutan hari jadi untuk Sarah dan Aleesya. Tetapi kali ini di kindy bersama raka-rakan sekelas dan cikgu-cikgu mereka, Ms Angela dan Ms Carly...
Saya juga buatkan kek ombre pink dengan cream cheese rosettes untuk mereka....

Memang seronok melihat telatah anak-anak ini bila melihat kek dan party bags.... Seronok sungguh mereka... Alhamdulillah...
Mudah-mudahan Sarah dan Aleesya akan membesar menjadi anak-anak yang solehah....
Aamiin...