Monday 20 October 2014

Keladi goreng yang gebu di dalam rangup di luar

Assalamualaikum.
Sarapan apa pagi tadi?
Hari ini 'pupils free day' di Brisbane ni. Maknanya, hanya cikgu dan staf lain yang akan berada di sekolah. Murid-murid semua tidak pergi ke sekolah. Tujuannya adalah untuk guru-guru dan staf-staf lain melakukan tugasan pentadbiran tanpa gangguan murid-murid.
Bila Aqiel dan Aleesya tidak ke sekolah dan ke 'kindy', mama pun tidak dibenarkan untuk ke kampus. Alahai, bila anak-anak buat permintaa begitu, hati lembut mama pun cair macam air batu....
Ditambah lagi bila papa pula meminta agar mama di rumah saja melayan anak-anak...
Demi keluarga, mama pun berkorban lah.... hehe

Jadi tengahari tadi dapatlah menjemput sahabat yang juga jiran terdekat bertandang untuk makan tengahari bersama. Entri ni bukan nak cerita pasal menu tengahari tapi sarapan pagi.

Sarapan pagi tadi ringkas tapi lazat iaitu keladi goreng....Apa-apapun resepi goreng terendam begini tak boleh makan selalu sebab sangat tinggi kolesterol.



Apa yang penting untuk menu goreng ni adalah tepungnya. Kalau rangup tepung tu biasanya sedapla jadinya... Di sini, saya nak kongsikan resepi tepung goreng yang rangup....krak...krak...bila kunyah...
Resepi hasil eksperimen, pemerhatian, dan petua orang-orang tua. Layan!

KELADI GORENG
Bahan-bahan:
Keladi secukupnya (dibuang kulit dan dipotong sederhana nipis)
Minyak untuk menggoreng terendam
100gm tepung gandum
20gm tepung beras
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 sudu besar butter (atau minyak masakan- berfungsi untuk merangupkan tepung)
1 sudu besar bijan (optional - bijan berfungsi untuk menambah lemak pada bancuhan tepung)
air secukupnya (anggaran 1/2 cawan - bancuhan tepung tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk. Gaul rata sehingga licin dan tidak berbintil.
Panaskan minyak.
Masukkan keladi ke dalam tepung sedikit demi sedikit.
Bila minyak betul-betul panas, masukkan keladi sekeping demi sekeping sehingga kuali penuh.
Goreng sehingga kuning keemasan. Balikkan.
Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidangkan.





 


Sunday 19 October 2014

Tuna and cheese roll

Salam... resepi terakhir yang nak saya kongsikan untuk hari ini, bukan kek yer tapi tuna roll.
Saya buat tuna roll beberapa hari lepas. Memang sedap tuna roll resepi dari Mat Gebu ni. Patutlah cik mat kita selalu buat menu ni.



Memang sesuai untuk dimakan ketika pagi dan petang. Kalau bawa pergi berkelah kat tepi pantai ke, aduh memang ngam sekali!


Tuna and Cheese Roll
Sumber: Mat Gebu
(Tuna roll tanpa cheese di sini)

Bahan-bahan doh:
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
Bahan inti tuna:
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan
Parutan keju cheddar secukupnya
 
Cara-cara:
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).

UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar. 
 

Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 
 

Kek chiffon pandan dan cheese leleh

Lagi satu kek yang saya buat hujung minggu ni selain white chocolate macademia adalah kek chiffon pandan cheese leleh.



Dah lama juga kek ni menjadi sebutan tapi ini kali saya pertama saya mencuba. Ternyata wallah! Aqiel dan Aleesya berulang-ulang makan. Patut la kek ni menjadi juara masa pertandingan pot luck kategori pencuci mulut di sini beberapa bulan dahulu. Terima kasih Dee kerana berkongsi resepi marvellous ni.



Takmau cerita banyak lah. Jom terus tengok resepinya.

Kek chiffon pandan dengan cheese leleh
Sumber: Mama Dee (Diyana Mahmud)



KEK CHIFFON PANDAN
Bahan-bahan:
Bahan A
7 biji kuning telur
75 g santan pekat
Perisa pandan (saya menggunakan pandan extrac yang pekat)
150 g gandum
1tsp baking powder
95g gula caster (saya gunakan 50g gula caster)
1tsp garam
83 g minyak sayuran

Bahan B
7 biji putih telur
100 g gula caster (saya gunakan 80gm gula caster)
1 tsp cream of tartar



Cara-cara:

1. Panaskan oven 160 darjah celcius
2. Campurkan kuning telur, santan pekat dan pandan ekstrak kedalam bekas.
3. Ayak tepung, baking powder dan garam.
4.Masukkan tepung, gula dan garam kedalam bekas berisi kuning telur tadi.
5. Tambahkan minyak kedalam bekas. Kacau dengan gunakan whisker sehingga semua sebati dan gula hancur.
6. Dalam bekas berasingan, pukul putih telur dengan mixer sehingga bertanduk (Cara memukul telur putih adalah guna mixer kelajauan paling laju, Pukul telur putih dahulu sehingga berbuih, kemudian masukkan cream of tartar. Dan masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul putih telur sehingga kental. Cara hendak memastikan adakah adunan putih telur telah kental atau tidak, adalah dengan menterbalikkan bekas, jika adunan tidak jatuh  maka putih telur telah kental)
7. Bahagikan secara kasar adunan putih telur tadi kepada 3 bahagian, masukkan satu persatu bahagian dalam adunan kuning telur. Gaul dengan menggunakan spatula atau sudip kayu. Kaedah menggaul putih telur kedalam adunan kuning telur adalah seperti melipat (fold) adunan terebut. Jangan overdo, dikhuatiri adunan akan kurang gebu.
8. Masukkan adunan kedalam loyang. Loyang terlebih dahulu dilapik baking paper atau disapu minyak.
9. Bakar selama 45 minit atau sehingga masak.
10. Sesudah kek masak, terus terbalikkan loyang kek ke atas redai kek. Ini adalah untuk memastikan kek tidak turun.
11. Keluarkan kek daripada loyang dan sejukkan.
 (Saya gunakan bekas kaca tahan panas. Lepas masak, saya biarkan kek di dalam bekas tersebut tanpa megeluarkannya. Kemudian saya terus tuangkan cheese leleh dan tabur keju cheddar di atas kek.)


Cheese leleh:
250 cream cheese
120 g unsalted butter (saya tak letak)
50 g heavy cream
120 g susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul dengan mixer sehingga sebati.
3. Cheese topping sedia untuk dilepa pada kek.
Akhir sekali, tabur keju cheddar yang diparut. 



White chocolate macadamia cake

Weekend ni saya buat 2 biji kek.. yang pertama kek kegemaran saya kalau di Malaysia.
White chocolate macadamia.. kalau bertandang ke secret recipe, memang kek ni lah yang saya order.
Ingat lagi masa ulang tahun kelahiran yang ke... (ala tak ingat pulak), suami belikan sebiji kek ni dari secret recipe. Puas saya makan.

Dari bulan tahun lepas saya teringin nak makan kek ni. Hampir setahun baru berkesempatan nak buat. Boleh tahan leceh juga la nak buat kek ni. Tapi teringin punya pasal, kuturutkan juga lah.
Tapi yang sedihnya, kek ni tak menjadi 100% sebab saya gantikan non-dairy whipping cream dengan dairy whipping cream sebab tak dapat cari kat Brisbane ni.. memang tak jadi cantik la caramel cream kita. Nasihat saya, kalau tak ada non-dairy whipping cream elok lah jangan buat.



Ok, jom terus tengok resepi!

Kek coklat putih macadamia
Sumber: Azlita masam manis

KEK SPAN BADAM

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung
2 sudu besar serbuk almond
70 gm air
1 sudu teh baking powder
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla

Ayak tepung dan baking powder
Satukan semua bahan ke dalam bekas pemukul kecuali minyak jagung
Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi putih, lembut dan gebu
Tambahkan minyak dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Tuangkan dalam loyang 8 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oles butter
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 30 ~ 45 minit bergantung kepanas oven
Terbalikkan atas redai setelah masak
Lepas 5 minit terbalikkan semula dan keluarkan dari loyang
Biarkan kek sejuk sepenuhnya dan potong kek kepada 3 atau 4 kepingan

Kemudian kita sediakan salted karamel. Resepi ni dapat banyak, boleh buat 1/2 adunan sahaja kerana kita hanya perlukan 2 sudu besar sahaja.
(Sebenarnya 1/2 adunan pun dapat banyak, boleh kurangkan lagi kepada1/4 adunan)



SALTED CARAMEL

113 gm butter tanpa garam
120 ml heavy cream atau Dairy whipping cream
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula

Potong buter kepada kiub kecil
Campurkan bersama krim dan panaskan dalam microwave hingga ia cair tapi masih keruh ~ ketepikan
Boleh juga panaskan atas api perlahan
Dalam periuk satukan air, gula dan corn syrup
Masak atas dapur hingga ia mendidih, berbuih-buih dan gula melarut ~ anggaran suhu 150C kalau tak ada temormeter cuma pastikan gula dah larut dan ia benar-benar mendidih
Tutup periuk supaya gula yang melekat di tepi periuk mencair dan turun ke bawah
Buka periuk dan tuangkan krim dan butter cair tadi
Kacau perlahan dan masak hingga pekat
Biarkan sejuk



Sekarang kita sediakan cream

SALTED CARAMEL CREAM

3 biji kuning telur
100 gm coklat masakan putih
8 gm gelatin
30 gm air
2 sudu besar salted caramel
250 gm Krim Bukan tenusu
1 sudu teh esen vanilla

Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin dengan kaedah double boiler
Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler
Dengan kaedah double boiler juga panaskan kuning telur sambil sentiasa di kacau hingga ia berkrim
Tuangkan gelatin dan gaul rata
Tuangkan coklat masakan dan salted caramel gaul rata
Biarkan sejuk
Dalam bekas lain putar krim putar dan esen vanilla hingga kental
Kaup balik krim dalam caramel hingga berkrim

 CARAMEL MACADAMIA

100 gm kacang macadamia
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar air

masak gula hingga perang
Tambahkan air dan biar ia pekat
tambahkan kacang dan gaul rata hingga gula bersalut pada kacang
Sejukkan dan potong atau cincang kacang kasar




GANACHE COKLAT PUTIH

125 ml krim tenusu
20 gm sirap glucos
200 gm coklat masakan putih
15 gm mentega

Cincang coklat halus
Masak krim dan sirap glucos hingga berbuih
Tuangkan krim atas coklat dan biarkan coklat mencair
Tambahkan butter
Gaul rata


 KAEDAH PENYEDIAAN

Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan salted caramel krim
Taburkan caramel Macadamia
Ulang proses hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim dan simpan dalam peti ais hingga krim mengeras, sebaiknya semalaman
Letakkan kek atas redai dan tuangkan coklat ganache
Hiaslah kek mengikut kreativiti

Kerabu perut dan taugeh ala utara

Assalamualaikum wbt.
Hai banyak sungguh resepi dalam barisan menunggu untuk dikongsi di sini. Tapi susah betul nak mencuri masa untuk update blog ni.
Hari ini nak cuba kongsi beberapa resepi setakat mana yang sempat la yer...

Resepi pertama ni sangat ringkas dan mudah untuk disediakan tapi sedap lah teramat sangat!
Kalau orang utara memang kenal sangat la dengan kerabu perut campur taugeh ni.



Resepi ni seingat saya pertama kali saya cuba masa kecil dulu, masa tu masih di sekolah. Tapi tak ingat samada di darjah 6 ataupun dah masuk sekolah menengah rendah he he...
Kalau nak tahu, kampung saya ada sawah padi. Orang utara panggil "bendang". Tak lah besar sangat tapi memang seronok la kalau petang-petang pergi jalan-jalan kawasan bendang ni. Apasal pulak cerita pasal sawah padi ni? Alahai... sebenarnya kerabu pertama yang saya buat tu kerabu pucuk paku yang saya kutip di kawasan bendang tu. Pokok paku pakis ni tumbuh sendiri ja... memang banyak kalau di kawasan bendang...
Petang tu, bila balik rumah dengan secekak pucuk paku, saya terus tanya mak macam mana nak buat kerabu. Lepas tu apa lagi, terus la saya siapkan bahan-bahan dan mula memasak. Masa tu cili kering saya tumbuk dengan lesung batu. Tak main blender tau! Asli gitu...

Itu lah kisahnya. Sampai sekarang memang resepi kerabu mak tu lah yang saya guna untuk buat semua jenis kerabu. Salah satunya, kerabu perut dan taugeh. Walaupun saya tak makan perut lembu, tapi kerabu ni kegemaran suami saya. Pertama kali dapat makan perut ni di Brisbane, bukan main suka lagi dia.


Kerabu Perut Lembu dan Taugeh
Resepi: Emak

Bahan-bahan:
200gm perut lembu (dicuci bersih, direbus sehingga lembut dan ditoskan)
3 sudu besar kerisik
taugeh secukupnya (dicelur dalam air mendidih)
setengah labu bawang besar (dipotong nipis)
cili padi secukupnya (dipotong nipis) - tak perlu letak kalau tak suka pedas
1 sudu besar air asam jawa
1 sudu besar cili giling (cili kering yang dikisar)
Garam dan gula secukupnya


Cara-cara:
Campurkan semua bahan-bahan dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula.
Siap untuk dihidangkan.

Tips: Kesedapan kerabu ni bergantung kepada kerisik yang berfungsi untuk memekatkan kerabu kita. Lagi banyak kerisik lagi sedap tapi jangan terlebih pulak yer!





Monday 6 October 2014

Tart nanas gulung

Assalamualaikum...
Ni sebenarnya entri bulan puasa hari tu. MasyaAllah... memang betul la, kita tiada daya upaya melainkan dengan kehendak dan izinNya... nak siapkan satu entri pun kalau Allah tak izinkan, memang tak jadi...

Sebenarnya niat masa raya puasa hari tu nak masukkan semua resepi biskut yang saya buat tapi tak kesampaian. Takpelah, biar lambat asal selamat kan... eh eh macam tak kena pulak haha!

Kalau di Malaysia memang confirm saya order atau beli je biskut raya ni... takyah nak sorok-sorok...
Tapi dah kat sini, nak taknak kena la buat sendiri ye dik non...
Salah satu biskut wajib bila hari raya..ni la dia... tart nanas gulung
Ayah saya pun suka sangat biskut ni!

Ini percubaan pertama buat tart nanas gulung ni setelah mendaratnya acuan tart yang dibawa khas dari Malaysia ni di bumi Brisbane...jeng jeng jeng....

Saya ni suka tart gukung yang gebu...bila masuk mulut cair gitewwwwww! Wallah sedapnya.... tapi bila ada anak-anak kecil ni susah sikit sebab kalau biskut gebu ni diorang pegang terus hancur pastu berterabur atas karpet, aduh!

Resepi ni saya ambil dari blog Che Mat Gebu. Biskutnya sedang elok. Tak terlalu gebu tapi tak pula keras.

Tart nanas gulung
Sumber:Che Mat Gebu

Bahan-bahan:
 230 gram mentega berkualiti tinggi
400 gram tepung gandum*
40 gram tepung kastard*(*disatukan dan diayak)
50 gram gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
Inti nenas secukupnya, digentel sebesar duit 5 sen
Kuning telur untuk disapu

Cara penyediaan:
  1. Putar mentega dan gula aising hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar rata. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Mati kan mixer, ratakan adunan, dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  2. Isi sedikit doh tadi dalam acuan tekan yang dipasang muncung tat gulung. Picit panjang hingga habis. Letak inti tadi dan gulung kemas2. Alih ke dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
  3. Sapu kuing telur atas tat gulung tadi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan tat dari oven dan biar 2-3 minit dalam loyang pembakar.
  4. Alih atas jaringan dan biar sejuk, simpan dalam bekas kedap udara...





Nasi minyak daging hitam

Assalamualaikum sekali lg...
Hari ini cuti umum di Australia sempena hari buruh.... so ada masa terluang sebelum bersilat balik di kampus esok dan seterusnya...Jadi nak siapkan entri yang tertunggak dari raya puasa hari tu insyaAllah...
Mula-mula kita cerita pasal nasi minyak dulu la yer... nasi minyak ni biasanya gandingan mantapnya adalah daging hitam... Haaaaa kali ni nak kongsi resepi nasi minyak dan daging. Menu ni suami saya yang sediakan... Jadi, resepi ini versi suami saya yang saya pun tak tahu asal usul dari mana....
Sebenanrnya, menu ni kami sediakan untuk para peserta dan penceramah program MEKAR minggu lepas... MEKAR merupakan singkatan kepada Mencari Keredhaan Allah dan Rasul, sebahagian program dakwah tahunan yang diadakan di Australia meliputi Sydney, Melbourne, dan Perth.
Pada tahun ini, buat pertama kalinya Brisbane turut serta dengan kerjasama HAKIM...

Berbalik kepada resepi nasi minyak dan daging hitam... Kan saya kata menu ni suami saya yang sediakan kan tadi.. apa-apapun jom kita layan resepinya...


Nasi minyak
Sumber: Azlita masam manis

Bahan-bahan:
3 cawan beras jasmine
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2  cawan kismis


1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam

Pewarna kuning telur


Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

5 biji pelaga

Cara penyediaan:
Cuci dan rendam beras selama 10minit

Masukkan mentega dan minyak jagung dalam rice cooker.
Tumiskan bahan tumis hingga harum.
Masukkan bawang hiris, bawang putih hiris dan halia hiris.
Masak hingga harum baunya.
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Masukkan kismis (suami saya tabur kismis di atas nasi yang telah masak).
Perasakan dengan garam. Kacau rata. Masukkan beras, tutup rice cooker dan masak seperti biasa.
Bila nasi setengah masak, guna chopstik (atau lidi bersih) dan buat lubang-lubang kecil pada nasi.
Masukkan setitik pewarna kuning telur dalam setiap lubang.
Tutup semula rice cooker dan biarkan nasi dimasak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, gembur nasi supaya warna sekata.
Dah siap untuk dihidangkan :)

Daging hitam
Sumber: Azlita masam manis
Resepi asal oleh : Chef Ismail Ahmad


Bahan-bahan:
100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi
Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak
Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara penyediaan:
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan


Kami juga sediakan sayur kobis goreng bersama nasi minyak dan daging hitam. Hai, resepi sayur kobis goreng pun nak kongsi jugak ke? Apa salahnya ye tak? Layan je la nyahhhh....
Sayur ni saya yang sediakan... masalahnya semua main campak tanpa sukatan... kira boleh la kan

Kobis Goreng
Bahan-bahan:
Kobis secukupnya dipotong ikut suka (haha)
Bawang putih (dihirs)
Bawang merah (dihiris)
Rempah tumis campur (yang ada biji sawi tu)
Minyak untuk menumis
Sedikit serbuk sup
Sedikit sos tiram
Kiub pati ayam
Cili merah (dihiris)
Ikan bilis

Cara penyediaan:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan rempah tumis sehingga naik bau.
Masukkan ikan bilis.
Masukkan kobis. Kacau.
Masukkan sos tiram, serbuk sup dan kiub pati ayam. Kacay sehingga kobis agak layu.
Akhir sekali masukkan cili merah.
Siap untuk dihidangkan....






Nasi air Kelantan

Bismillahirrahmanirrahim...
Lama sungguh tak update blog ni... lagi beberapa hari nak hantar confirmation document kepada readers. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah....

Semalam saya buat nasi air untuk sarapan pagi...macam tu lah menyambut hari raya kurban di sini...tidak lah semeriah di Malaysia tapi alhamdulillah jemputan rumah terbuka sahabat-sahabat sedikit sebanyak mengubat rindu pada keluarga di tanah air...

Jomlah kita intai resepi nasi air ni...asal menu ni dari Kelantan... resepi asal dari sahabat saya di Bsrisbane, Diyana Mahmud yang sekarang berada di Malaysia untuk data collection... tahniah yer Dee sebab dah keluar majalah aroma baru-baru ni :)
Resepi ini telah dicuba dan dikongsi oleh Kak Azlita yang memang terkenal sebagai food blogger yang handal di dapur....


Nasi Air
Sumber: Mama Dee

Bahan-bahan nasi (utk 2-3 orang)

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang/daging
3 hiris halia*
2 ulas bawang butih*
sebatang serai *
garam
(bahan bertanda * perlu diketuk)
 
 
Cara penyediaan nasi
  1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk (air ini akan digunakan untuk menyediakan sup dan juga memasak nasi)
  2. Basuh beras sehingga bersih.
  3. Kemudian masukkan halia, bawang putih, serai yang telah diketuk/titik dan sedikit garam kedalam periuk yang berisi beras.
  4. Masukkan air rebusan tulang & daging kedalam periuk yang berisi beras tadi. Anggaran nisbah air dan beras adalah air perlu sekali ganda lebih banyak daripada sukatan air utk memasak nasi biasa.Masak nasi seperti biasa. (Nasi perlu sedikit lembik drp biasa).
 


Bahan-bahan sup

5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kayu manis
buah pelaga
sup bunjut
 
Cara penyediaan sup
  1. Tumis kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. (Tips utk mendapatkan sup yg enak, saya memasukkan garam dan gula dalam tumisan bawang, goreng sehingga bawang bertukar warna perang gelap. Karamel drp gula hangus akan menjadikan sup lebih sedap).
  2. Masukkan air rebusan tulang/daging kedalam periuk.
  3. Masukkan bunjut sup.
  4. Masukkan garam secukup rasa.

Bahan-bahan aksesori

ikan bilis goreng
daging goreng (dipotong kiub kecil-kecil dan digoreng)
sayur kobis dihiris halus
daun sup
bawang goreng
sayur jeruk
lada sulah
daun sup
 
Selain bahan-bahan aksesori di atas, Kak Azlita juga menghidangkan nasi air dengan daging pa ka paw.... memang sedap daging ni... lebih kurang macam daging kunyit...
 
Daging Pa Ka Paw
Sumber: Azlita Masam Manis

1/2 kilo daging batang pinang ~ jika tak menggunakan daging batang pinang, anda boleh ambil daging dari daging yang telah di rebus tadi.
Hiris daging keci-kecil
Perapkan daging dengan garam dan kunyit dahulu

20 tangkai cili padi ~ di hiris jika tak suka pedas kurangkan
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan daging pa ka paw
Panaskan minyak
Masukkan daging yang telah diperap tadi
Masak hingga daging empuk dan garing
Masukkan cili padi, bawang putih dan halia
Kacau rata
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah mesra bolehlah diangkat


Cara Menghidang
Mula-mula kita sendukkan nasi lembik kita ke dalam mangkuk
Letakkan daging goreng kita tadi
Letakkan juga ikan bilis yang dah di goreng
Taburkan kobis
Taburkan juga daun sup dan daun bawang
Taburkan juga bawang goreng
Akhir sekali curahkan kuah..
Tambahkan lada sula jika suka...