Sunday 27 July 2014

Crunchy oreo

Assalamualaikum semua.
Lama sungguh tak jengah kat sini. Bila kali terakhir update entri pun tak ingat.
Hari ini hari terakhir Ramadhan...insyaAllah esok 1 Syawal akan disambut.
Terkenang saat menyambut Eidulfitri bersama keluarga dan sahabat handai di tanahair. Memang tak dapat ditukar ganti.
Menyambut hari raya di perantauan memang sama sekali tidak sama. Itulah pengorbanan pelajar untuk menuntut ilmu.

Alhamdulillah, tahun ini saya berkesempatan menyediakan beberapa jenis biskut raya. Tidak seperti tahun lalu... satu pun tak sempat disediakan. Ingat lagi, pada hari raya pertama, saya sibuk di universiti untuk menghadiri kuliah Econometrics.



Sebenarnya entri kali ini saya nak berkongsi resepi biskut yang saya dapat dari seorang rakan di Malaysia. Terima kasih banyak-banyak Ina. Memang sedap biskut ni. Anak-anak bukan main suka lagi....



CRUNCHY OREO
Sumber: Nur Fadzrina Ahmad Fadzil

300gm butter
160gm minyak sapi (jangan cairkan)
200gm gula halus (icing sugar)
100gm serbuk badam
260gm tepung jagung
450gm tepung gandum
1 sudu teh emplex (berfungsi untuk merangupkan biskut) - saya tak letak sebab tak jumpa di Brisbane, tapi biskut ni tetap rangup :)
150gm oreo hancur (blend, kemudian timbang)

Cara-cara:
Sebatikan butter, gula halus dan minyak sapi.
Masukkan serbuk badam, tepung jagung, emplex dan tepung gandum.
Masukkan oreo hancur. Uli sehingga menjadi doh.
Canai dan terap mengikut acuan kegemaran masing-masing.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius atau sehingga biskut masak.

Cadangan hiasan: Sapu biskut dengan putih telur dan taburkan oreo hancur (saya tak hias apa pun, sebab nak cepat...lepas terap terus masuk oven)



Selamat hari raya eidulfitri!